hindraf clarifies

Rumours rife, Hindraf not amused
http://www.malaysiakini.com/news/75077
Soon Li Tsin
Nov 21, 07 4:21pm

If text-messages are to be believed, Queen Elizabeth II will make an appearance at the British High Commission in Kuala Lumpur on Sunday. 

This and other rumours are spreading via the short messaging service (SMS) on mobile phones, either to encourage or discourage people from attending a mass rally being organised by the Hindu Rights Action Force (Hindraf).

When contacted today, Hindraf legal advisor P Uthayakumar said he is getting in more volunteers to deal with calls to his office from those seeking clarification.

“The Queen is not coming. I did not get beaten up and I’m not in the intensive care unit. Other lawyers in Hindraf are not arrested,” he said, responding at one go to the main rumours in circulation.

Incidentally, Queen Elizabeth II is scheduled to open the three-day Commonwealth Heads of Government Meeting in Kampala, Uganda, which starts on Friday.

Uthayakumar also re-affirmed that Hindraf has not been issued a police permit after Cheras police chief Ahmad Amir Mohd Hashim rejected the application for technical and safety reasons two days ago.

“We have sent an appeal to the Kuala Lumpur police chief (Zulhasnan Najib Baharudin) as well as the prime minister. Even if it is not approved, we will still go on with the peaceful assembly as it is well within our right under Article 10 of the Federal Constitution.”

Uthayakumar also said he has seen other text-messages claiming that hired gangsters will be present to disrupt the peaceful assembly, that police will set up roadblocks around the city and several bus companies have cancelled services to ferry people into Kuala Lumpur for the rally.

The gathering is expected to attract 10,000 people, with Hindraf to hand over a petition addressed to the Queen to support a class-action suit against the British government for bringing Indians to Malaysia as indentured labourers and exploiting them for 150 years. 

The quantum being sought is US$4 trillion (RM14 trillion) – or US$1 million for every Indian currently residing in Malaysia.

‘Prove it, Samy’

Uthayakumar was also asked to respond to a claim by MIC president S Samy Vellu that Hindraf has not filed a case in London, but had only given notice to file a case.

“We have filed the suit and we have proof […] complete with the Queen’s stamp, a civil suit number and the receipt of payment,” he said.

“We have never filed a notice. If Samy Vellu (photo) has the evidence of that notice, then we would like to ask him to show it to us. Samy Vellu has nothing to do with this. It is between Hindraf, the British government and the Malaysian government.”

The civil suit against the UK secretary of state for foreign and commonwealth affairs – filed on Aug 30 at the Royal Court of Justice in London – took a month to prepare and was handled by Hindraf chairperson P Waythamoorthy.

The claim for compensation is based on alleged “pain, suffering, humiliation, discrimination and continuous colonialisation” suffered by the Indian community in Malaysia.

Anwar: Let rally proceed

Meanwhile, former deputy premier Anwar Ibrahim has urged the police to issue a permit allowing Hindraf to proceed with its rally this Sunday.

"It is the democratic right of all Malaysians to express their views and concerns peacefully. As the recent Bersih rally demonstrated, if the police decide to cooperate, the security and orderliness of any gathering can be guaranteed," said Anwar, who is also de facto leader of the opposition PKR.

"The Indian community has been suffering in silence and the time is most opportune to bring an end to the neglect and marginalisation of the poor of all races.

"I hope this rally will achieve its goal of affirming the interests of the Indian community as Malaysian citizens, and its right for a higher standard of living and quality of life."

Malay version:

Anwar gesa polis beri permit untuk perhimpunan Hindraf
http://www.malaysiakini.com/news/75105
Nov 21, 07 8:18pm

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak polis supaya mengeluarkan permit untuk membenarkan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mengadakan perhimpunannya Ahad ini.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata ia merupakan hak demokratik semua rakyat Malaysia untuk menyuarakan pandangan dan keprihatinan mereka secara aman.

Satu kenyataan hari ini, Anwar berkata, sepertimana perhimpunan anjuran Bersih baru-baru ini, jika pihak polis bersedia untuk memberi kerjasama, keselamatan dan ketenteraman sebarang perhimpunan boleh dijamin.
Menurutnya lagi, masyarakat India telah lama menderita secara senyap dan sudah tiba masanya untuk mengakhiri pengabaian dan peminggiran semua rakyat miskin.

Beliau berharap perhimpunan tersebut akan mencapai matlamatnya untuk mempertegaskan kepentingan masyarakat India sebagai rakyat Malaysia,dan hak mereka untuk menikmati kehidupan yang berkualiti.

Sementara itu, penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar berkata permohonan Hindraf untuk mendapatkan permit polis untuk mengadakan perhimpunan tersebut telah ditolak oleh Ketua PolisCheras, ACP Ahmad Amir Mohd Hashim dua hari lalu atas alasan teknikal dan keselamatan.

“Kita telah menghantar rayuan kepada Ketua Polis Kuala Lumpur (Datuk Zulhasnan Najib Baharudin) serta kepada Perdana Menteri. Jika tidak diluluskan pun, kami tetap akan mengadakan perhimpunan aman itu kerana ianya merupakan hak kami mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Menyokong saman

Uthayakumar juga berkata, beliau juga mendapati pesanan SMS yang mendakwa samseng telah diupah untuk mengganggu perhimpunan aman tersebut, polis akan akan mengadakan sekatan jalanraya di sekitar bandaraya dan beberapa syarikat bas telah membatalkan perkhidmatan untuk membawa mereka yang mahu menghadiri perhimpunan di Kuala Lumpur Ahad ini.

Perhimpunan tersebut dijangka dihadiri kira-kira 10,000 orang, di mana Hindraf akan menyerahkan petisyen kepada Ratu Elizabeth ll untuk menyokong saman terhadap kerajaan British kerana membawa kaum India ke Malaysia sebagai buruh dan mengeksploitasi mereka selama 150 tahun.

Dalam saman tersebut, mereka menuntut AS$4 trillion (RM14 trillion) – atau AS$1 juta bagi setiap orang India yang tinggal di Malaysia.

Uthayakumar juga ditanya mengenai dakwaan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bahawa Hindraf tidak memfailkan sebarang kes di London, tetapi hanya memberi notis untuk memfail satu kes.

“Kita telahpun memfailkan saman dan kita ada buktinya […] siap dengan setem Ratu, nombor saman sivil dan resit bayarannya," katanya.

“Kita tidak pernah memfailkan sebarang notis. Jika Samy Vellu (foto) ada bukti mengenai notis tersebut, maka kita minta beliau menunjukkannya kepada kita. Samy Vellu tiada kena dengannya. Ia adalah antara Hindraf, kerajaan British dan kerajaan Malaysia,” katanya.
Saman tersebut difailkan terhadap setiausaha negara UK bagi halehwal luar dan komanwel – pada 30 Ogos di sebuah mahkamah di London – yang mengambil masa sebulan untuk menyediakannya dan diuruskan oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy.

Khabar angin

Sementara itu, pesanan SMS dan khabar angin kini tersebar mengenai perhimpunan yang dirancang diadakan oleh Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) di ibunegara Ahad ini.

Ini termasuk pesanan SMS yang mendakwa Ratu Elizabeth ll akan berada di pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur Ahad ini.

Ketika dihubungi hari ini, Penasihat Udang-undang Hindraf, P Uthayakumar berkata, beliau sedang mendapatkan lebih ramai sukarelawan untuk menjawab panggilan di pejabatnya dari orang ramai mahu mendapatkan penjelasan mengenainya.

“Ratu Elizabeth ll tidak akan datang. Saya tidak dipukul dan saya tidak dirawat di unit jagaan rapi. Peguam lain dalam Hindraf juga tidak ditangkap," katanya ketika ditanya mengenai pelbagai khabar angin yang disebarkan.

(Ratu Elizabeth ll dijadual merasmikan Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel yang akan berlangsung selama tiga hari Kampala, Uganda mulai Jumaat ini.)

By poobalan on November 22, 2007 · Posted in Indian

Tags: , , , , , , , , ,

Sorry, comments are closed on this post.