YAYASAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA PULAU PINANG
Penang Indian Development Foundation
”BANGUN DAN SENTIASA MEMBANGUN”
No. 7175 , Level 2 ,
Jalan Bagan Ajam ,
Taman Bagan Ajam ,
13000 Butterworth. Fax : 04 331 9695
27 FEB. 2009
Tuan / Puan /Para Pelajar,
“PROGRAM BIMBINGAN , KAUNSELING DAN PANDUAN MEMOHON KE – IPTA DAN IPTS
UNTUK PELAJAR – PELAJAR INDIA LEPASAN SPM DAN STPM 2008”.
Adalah dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman tuan / puan , YAYASAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA PP akan menganjurkan satu program seperti di atas yang akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 21 MAC 2009 (Sabtu)
Masa : 08.30 a.m. – 02.00 p.m.
Tempat : Dewan Sri Mariamman ,
Jalan Mengkuang , Butterworth.
Penyelaras : T. Srithar 012-408 9392
3. Ini merupakan satu program khidmat masyarakat YAYASAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA PP untuk meningkatkan taraf pendidikan dan taraf hidup rakyat Malaysia. Objektif YAYASAN menganjurkan program ini adalah seperti berikut :
i. Mendedahkan para pelajar dan ibubapa kepada pelbagai peluang untuk melanjutkan pendidikan.
ii. Menasihat dan membimbing para pelajar dan ibubapa agar dapat membuat keputusan yang tepat demi masa depan anak mereka.
iii.Memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa akan sumber-sumber kewangan untuk melanjutkan pelajaran.
iv.Menasihat dan membimbing para pelajar dan ibubapa agar dapat memilih jurusan-jurusan yang tepat dan ada nilai pasaran.
4. Kaunselar-kaunselar sekolah yang berpengalaman akan memberikan ceramah dan taklimat.
5. Kami tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk menyertai program ini. Para pelajar dan ibu bapa dijemput hadir dan memanfaatkan sepenuhnya program ini.
6. Kerjasama dan sokongan tuan / puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian , terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT ”
Yang benar ,
Srithar a/l Thannimalayan
012-408 9392