{"id":287,"date":"2007-05-31T09:15:04","date_gmt":"2007-05-31T01:15:04","guid":{"rendered":"http:\/\/poobalan.com\/blog\/borninmalaysia\/2007\/05\/31\/lina-joy-case-articles-from-todays-newspapers-part-3\/"},"modified":"2007-05-31T11:11:55","modified_gmt":"2007-05-31T03:11:55","slug":"lina-joy-case-articles-from-todays-newspapers-part-3","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/borninmalaysia\/2007\/05\/31\/lina-joy-case-articles-from-todays-newspapers-part-3\/","title":{"rendered":"Lina Joy Case &#8211; Articles from Today&#8217;s Newspapers Part 3"},"content":{"rendered":"<h3>Rayuan Lina Joy ditolak &#8212; Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan Islam kekal dalam MyKad<\/h3>\n<div>Oleh: KAMARIAH AHMAD dan NOR ZAINAH NORDIN<\/div>\n<div><a href=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/utusan\/content.asp?y=2007&amp;dt=0531&amp;pub=Utusan_Malaysia&amp;sec=Muka_Hadapan&amp;pg=mh_01.htm\">source<\/a><\/div>\n<table cellpadding=\"3\" width=\"300\" align=\"right\" border=\"0\">\n<tbody>\n<tr>\n<td valign=\"top\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" height=\"191\" hspace=\"5\" src=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/pix\/2007\/0531\/Utusan_Malaysia\/Muka_Hadapan\/mh_01_big.jpg\" width=\"300\" vspace=\"5\" border=\"1\"><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td> <font size=\"1\">ORANG ramai berkumpul di pekarangan Palace of Justice menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes Lina Joy di Putrajaya, semalam.<\/font>  <\/p>\n<hr noshade size=\"1\"> <\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p> <\/p>\n<p>PUTRAJAYA 30 Mei : Seorang wanita Melayu, Azlina Jailani atau Lina Joy yang mengaku murtad sejak 17 tahun lalu, gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan &#39;Islam&#39; daripada MyKad setelah Mahkamah Persekutuan hari ini mengumumkan penghakiman secara majoriti 2-1 menolak rayuannya.  <\/p>\n<p>Mahkamah itu menegaskan bahawa Azlina, 43, yang menukar namanya kepada Lina Joy, perlu mendapat sijil Mahkamah Syariah yang mengesahkan dia tidak lagi menganut agama Islam sebelum Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh menggugurkan perkataan Islam dalam MyKadnya itu.  <\/p>\n<p> <!--more--><\/p>\n<p>Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif menolak rayuan tersebut, manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum membenarkan permohonan itu.  <\/p>\n<p>Hakim Ahmad Fairuz berkata, JPN berhak mengenakan syarat kepada Lina Joy supaya mengemukakan sijil atau deklarasi atau perintah Mahkamah Syariah untuk mengesahkan dia murtad sebelum boleh menggugurkan perkataan &#39;Islam&#39; daripada kad pengenalannya itu.  <\/p>\n<p>Hakim Malanjum pula berpendapat arahan JPN supaya Lina Joy mengemukakan sijil murtad dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tidak munasabah kerana, walaupun jabatan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan undang-undang, namun adalah mustahil bagi syarat itu dipatuhi.  <\/p>\n<p>Galeri awam penuh sesak dengan orang ramai termasuk wartawan tempatan dan asing untuk mendengar penghakiman bersejarah oleh Mahkamah Persekutuan hari ini berhubung tiga persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh Lina Joy.  <\/p>\n<p>Tiga persoalan itu ialah: <\/p>\n<p>* Sama ada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhak dari segi undang-undang mengenakan peraturan bagi memadamkan perkataan &#39;Islam&#39; daripada kad pengenalan iaitu meminta pemohon menunjukkan sijil atau deklarasi atau perintah Mahkamah Syariah yang menyatakan pemohon telah murtad.  <\/p>\n<p>* Sama ada JPN menterjemah dengan betul bidang kuasanya di bawah Peraturan Kebangsaan 1990 terutama Peraturan 4 dan 14 untuk mengenakan syarat berkenaan sedangkan ia tidak dinyatakan dalam peraturan tersebut.<\/p>\n<p>* Sama ada kes rujukan iaitu Soon Singh diputuskan dengan betul walaupun ia mengguna pakai teori pelaksanaan bidang kuasa yang mengisytiharkan bahawa Mahkamah Sivil boleh mengekalkan bidang kuasa mereka dalam keadaan di mana bidang kuasa tidak dinyatakan kepada Mahkamah Syariah.  <\/p>\n<p>Hakim Ahmad Fairuz membacakan sebahagian daripada alasan penghakimannya setebal 42 muka surat yang turut dipersetujui oleh Hakim Alauddin. <\/p>\n<p>Hakim Malanjum kemudian mengambil alih membentangkan alasan penghakimannya dalam prosiding yang berlangsung kira-kira sejam tujuh minit.<\/p>\n<p>Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad Fairuz berkata, JPN mempunyai justifikasi untuk mendapat pengesahan penguasa agama Islam bahawa Lina Joy telah murtad sebelum meluluskan permohonan wanita itu untuk memadamkan perkataan &#39;Islam&#39; daripada kad pengenalannya.  <\/p>\n<p>Beliau berkata, jika JPN menerima pengakuan seseorang bahawa dia telah keluar agama Islam berasaskan perisytiharan pemohon semata-mata, maka JPN mengambil risiko apabila menyatakan dia sebagai bukan Muslim sedangkan mengikut undang-undang Islam, orang itu masih belum murtad.  <\/p>\n<p>&#39;&#39;Ini juga akan menyenangkan mereka yang dilahirkan dan dididik sebagai Muslim tetapi bersikap acuh tak acuh atau tidak peduli kepada agama Islam, untuk diklasifikasikan sebagai bukan Muslim hanya untuk mengelak daripada dihukum atas kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang Islam.  <\/p>\n<p>&#39;&#39;Ini semua akan mengakibatkan celaan daripada masyarakat Muslim.. Atas sebab ini, saya percaya, JPN mengguna pakai dasar bahawa perakuan bersumpah sahaja tidak cukup untuk membolehkan perkataan &#39;Islam&#39; dipadamkan daripada kad pengenalan seseorang Muslim,&quot; katanya.  <\/p>\n<p>Hakim Ahmad Fairuz berkata, ini kerana hal ehwal keluar dari agama Islam adalah suatu perkara yang berkaitan dengan undang-undang Islam.<\/p>\n<p>Lina Joy merayu mengetepikan keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang menghalangnya memadamkan perkataan &#39;Islam&#39; daripada kad pengenalannya dengan alasan tindakannya keluar daripada Islam tidak mendapat pengesahan Mahkamah Syariah atau pihak berkuasa Islam lain.  <\/p>\n<p>Wanita itu bertindak mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan setelah Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa sebagai orang Melayu yang beragama Islam seperti tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan, dia tidak boleh keluar daripada Islam (murtad) dan soal tindakan murtad itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.  <\/p>\n<p>Lina Joy menamakan tiga responden iaitu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (ketika itu), Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad.<\/p>\n<p>Wanita itu diwakili peguam Datuk Dr. Cyrus V. Das, manakala peguam Sulaiman Abdullah mewakili MAIWP dan pihak kerajaan pula diwakili Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi dan Mohamad Nasir Disa.<\/p>\n<p>Kes itu menarik minat masyarakat awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang bertindak sebagai peguam pemerhati antaranya Majlis Peguam yang diwakili Malik Imtiaz Sarwar dan Harris Ibrahim, Persatuan Peguam Muslim (Pawan Chik Marican), Meera Samanther mewakili Sisters In Islam dan Badan Tindakan Wanita Malaysia (AWAM).  <\/p>\n<div>Seorang lagi peguam Lina Joy, Benjamin Dawson, berkata pihaknya akan menimbang sama ada akan memfailkan semakan terhadap keputusan hari ini atau sebaliknya.<\/div>\n<div>&nbsp;<\/div>\n<h2>Penghakiman rayuan Lina Joy<\/h2>\n<div><\/div>\n<div><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/m\/BHarian\/Thursday\/Nasional\/20070531000328\/Article\/\">source<\/a><\/div>\n<div>&nbsp;<\/div>\n<div>Penghakiman Tun Ahmad <\/div>\n<div>Fairuz Sheikh Abdul Halim<\/p>\n<p>(Hakim Mahkamah Persekutuan,<\/p>\n<p>Datuk Alauddin Mohd Sherif <\/p>\n<p>bersetuju dengan Ahmad Fairuz)<\/p>\n<p>&#8220;Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mutlak dalam isu perundangan Islam, termasuk mengisytiharkan seorang Muslim sebagai murtad. Ini tidak bererti Mahkamah Syariah akan memutuskan perkataan &#8216;Islam&#8217; digugurkan daripada kad pengenalan perayu, sebaliknya mengesahkan statusnya untuk dipertimbangkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang seterusnya boleh menggunakan budi bicara dalam memutuskan permohonan itu. <\/p>\n<p>Permintaan perayu untuk menggugurkan perkataan &#8216;Islam&#8217; dari kad pengenalan bukan setakat satu perubahan butiran biasa, sebaliknya ia seperti mengakui dirinya murtad. JPN boleh meminta perayu memberi dokumen bagi menyokong dakwaan bahawa beliau sudah murtad. <\/p>\n<p>Saya juga setuju, jika JPN menerima pengakuan murtad hanya berdasarkan perakuan berkanun, ia mengambil risiko akan menamakan seseorang sebagai bukan Muslim, sedangkan dia masih Islam mengikut undang-undang.<\/p>\n<p> Ini akan menyenangkan mereka yang lahir sebagai Muslim tetapi bersikap acuh tak acuh, diklasifikasikan sebagai bukan Islam semata-mata untuk mengelak dihukum atas kesalahan mengikut perundangan Islam, yang akan mengakibatkan celaan masyarakat Muslim kerana membabitkan isu yang terlalu penting dan sensitif. <\/p>\n<p>Atas sebab inilah, saya percaya JPN mengguna pakai dasar bahawa akuan berkanun saja tidak cukup untuk membolehkan perkataan &#8216;Islam&#8217; digugurkan.. JPN memerlukan akuan daripada pihak yang lebih arif untuk mengesahkannya.&#8221; <\/p>\n<p>Penghakiman Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Richard Malanjum <\/p>\n<p>&#8220;Permintaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya Lina Joy mengemukakan sijil atau perisytiharan mengenai status agamanya daripada Mahkamah Syariah, adalah tidak munasabah kerana boleh membawa musibah kepada pemohon, memandangkan murtad adalah kesalahan jenayah yang boleh membawa hukuman penjara. <\/p>\n<p>Pada pandangan saya, hanya mahkamah sivil mempunyai kuasa untuk menentukan isu yang membabitkan Perlembagaan. Ini termasuk isu murtad, kerana ia menyentuh hak asasi seseorang dalam beberapa aspek termasuk kebebasan beragama. <\/p>\n<p>Peruntukan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan (Mahkamah Syariah bertanggungjawab ke atas isu membabitkan perundangan Islam) hanya terpakai dalam keadaan yang tidak membabitkan isu Perlembagaan.<\/p>\n<p>Pihak berkuasa awam mesti mempertimbangkan setiap kes berdasarkan faktanya yang tersendiri dengan mengambil kira kepentingan awam. Bagaimanapun dalam rayuan ini, jelas mereka menolak permohonan perayu secara mekanikal, tanpa mengambil kira prinsip keadilan semula jadi. <\/p>\n<p>Peraturan 4 Peraturan Pendaftaran Negara (PPN) mengasingkan orang Islam dengan menambahkan bebanan prosedur kerana mewajibkan mereka menyatakan agama mereka. Peruntukan ini tidak terpakai untuk orang bukan Islam. Pada pandangan saya ini seolah-olah memberi layanan berbeza mengikut undang-undang, yang bertentangan dengan hak asasi yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.  <\/p>\n<p>Berikutan itu, saya tidak dapat menerima peruntukan PPN itu dinaungi Perkara 8(5) Perlembagaan Persekutuan kerana ia tidak langsung menyelaraskan peraturan peribadi seorang Muslim mengikut agamanya.<\/p><\/div>\n<div>&nbsp;<\/div>\n<div>\n<h2>Rayuan Lina Joy ditolak<\/h2>\n<div>Oleh Munira Yusoff dan Azrina Ahzan<\/div>\n<div><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/m\/BHarian\/Thursday\/Mukadepan\/20070531053627\/Article\/\">source<\/a><\/div>\n<p> <\/p>\n<div><b>Kuasa mutlak tangani isu perundangan Islam hak Mahkamah Syariah<\/b><br \/>&nbsp;<\/div>\n<div>PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan Azlina Jailani atau Lina Joy untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya, sekali gus mengakhiri isu pertindihan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Syariah dalam hal berkaitan Islam. <\/p>\n<p><img decoding=\"async\" hspace=\"5\" src=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/m\/BHarian\/BHimages\/31bh1a.jpg\" align=\"left\" border=\"0\">Dalam keputusan majoriti 2-1, Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (<b>gambar<\/b>), dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif, menolak rayuan itu, manakala Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Richard Malanjum, membenarkan permohonan.  <\/p>\n<p>Ahmad Fairuz ketika membacakan penghakiman setebal 42 halaman berkata, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mutlak dalam menangani sebarang isu mengenai perundangan Islam. <\/p>\n<p>Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), katanya, berhak untuk memerintahkan Azlina atau nama Kristiannya, Lina Joy, 42, mendapatkan suatu perakuan murtad dari Mahkamah Syariah sebelum ia boleh menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya.  <\/p>\n<p>&#8220;Pada peringkat ini, wajar bagi saya untuk menyatakan bahawa apa yang JPN mahu ialah suatu perakuan daripada seseorang yang mempunyai kuasa untuk membuatnya (Mahkamah Syariah) dan jika JPN bertindak mengikut perakuan itu, maka JPN bebas daripada sebarang kesilapan atau disalahkan oleh awam dalam perkara yang begitu mustahak dan penting ini. <\/p>\n<p>&#8220;Oleh yang demikian, adalah munasabah bagi JPN mengenakan syarat itu kerana perkara murtad ini adalah suatu persoalan berkaitan dengan undang-undang Islam,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Keputusan itu mengakhiri usaha sembilan tahun Lina, wanita Melayu yang mengaku murtad sejak 1998, untuk mendapatkan perintah supaya JPN menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalannya. Lina memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi apabila permohonannya untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya ditolak oleh JPN pada 1999. <\/p>\n<p>Mahkamah Tinggi pada 23 April 2001 menolak permohonannya dan memutuskan bidang kuasa itu terletak pada Mahkamah Syariah mengikut peruntukan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Lina membuat rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ia turut ditolak pada 19 September 2006. <\/p>\n<p>Lina kemudian merayu kepada Mahkamah Persekutuan berdasarkan isu sama ada Ketua Pengarah JPN boleh meminta dokumen daripada Mahkamah Syariah bagi membuktikannya murtad; serta sama ada JPN mentafsirkan kuasanya dengan betul mengikut Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPN) apabila mengarahkan dokumen berkenaan dikemukakan. <\/p>\n<p>Dia menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Ketua Pengarah JPN dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.<\/p>\n<p>Ahmad Fairuz mula membacakan penghakimannya pada jam 10.40 pagi dan mahkamah selesai mendengar penghakiman Hakim Malanjum dan Hakim Alauddin pada 12 tengah hari. Mahkamah penuh sesak dengan peguam, wartawan dan orang awam sejak  8.30 pagi selepas pintu mahkamah dibuka. <\/p>\n<p>Ketua Hakim Negara berkata, tindakan JPN dan Ketua Pengarahnya meminta dokumen sahih bagi membuktikan Lina seorang Kristian, sebagai syarat meluluskan permohonannya untuk menggugurkan perkataan &#8216;Islam&#8217; itu adalah munasabah. <\/p>\n<p>&#8220;Syarat itu tidak melampau, malah munasabah kerana perkara murtad berkait dengan Islam dan Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menentukan isu perundangan syariah. Jika seseorang menganut Islam, sudah tentu dia akan mengikuti undang-undang Islam yang menetapkan cara masuk dan keluar Islam.. <\/p>\n<p>&#8220;Justeru, saya tidak nampak bagaimana tindakan itu boleh dikatakan bertentangan dengan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang dengan sendirinya memperuntukkan keperluan mematuhi kehendak agama (termasuk murtad). <\/p>\n<p>&#8220;Menganuti dan mengamalkan agama Islam sudah tentu bererti mengamalkan bukan saja aspek teologi agama itu, tetapi juga undang-undangnya,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama, tidak boleh ditafsirkan secara terlalu meluas sehingga membatalkan semua undang-undang berhubung amalan seorang Islam. <\/p>\n<p>&#8220;Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berlainan daripada kedudukan agama lain, kerana hanya Islam disebut sebagai agama Persekutuan dalam Perkara 3(1),&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Ahmad Fairuz berkata, Perlembagaan juga memberi kuasa kepada badan perundangan negeri untuk mengkanunkan hukum syarak dalam pelbagai enakmen dan ia bererti enakmen berkenaan sah serta tidak bertentangan dengan Perlembagaan. <\/p>\n<p>Bagaimanapun, Malanjum yang memberi penghakiman menentang, menyifatkan tindakan JPN sebagai ultra vires (bertindak di luar had kuasa) kerana peruntukan Peraturan Pendaftaran Negara tidak mewajibkan sebarang perisytiharan atau sijil seperti diminta daripada Lina. <\/p>\n<p>&#8220;JPN tidak mempunyai kuasa untuk membuat penambahan syarat dalam permohonan seperti yang dikemukakan perayu, atau untuk menentukan sama ada perayu benar-benar murtad atau tidak.<\/p>\n<p>&#8220;Perkara itu hanya boleh ditentukan badan keagamaan yang relevan. Berikutan itu, saya mendapati JPN mengambil kira perkara yang tidak relevan ketika menolak permohonan perayu,&#8221; katanya. <\/p>\n<p>Peguam Lina, Datuk Cyrus Das, berkata pihaknya mempertimbangkan sama ada memohon semakan semula keputusan itu, di hadapan panel Mahkamah Persekutuan lain.<\/p>\n<p>Peguam, Sulaiman Abdullah mewakili MAIWP, manakala Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi mewakili Kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah JPN. <\/p>\n<p>Turut hadir, peguam pemerhati pelbagai organisasi termasuk Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Majlis Peguam dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).<\/p><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rayuan Lina Joy ditolak &#8212; Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan Islam kekal dalam MyKad Oleh: KAMARIAH AHMAD dan NOR ZAINAH NORDIN source ORANG ramai berkumpul di pekarangan Palace of Justice menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes Lina Joy di Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 30 Mei : Seorang wanita Melayu, Azlina Jailani atau Lina Joy yang mengaku murtad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[6],"tags":[119,133,278,148],"class_list":["post-287","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-borninmalaysia","tag-dap","tag-isa","tag-ngo","tag-perak"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/287","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=287"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/287\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=287"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=287"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=287"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}