{"id":6995,"date":"2010-10-29T00:47:02","date_gmt":"2010-10-28T16:47:02","guid":{"rendered":"http:\/\/poobalan.com\/blog\/?p=6995"},"modified":"2010-10-29T00:47:02","modified_gmt":"2010-10-28T16:47:02","slug":"many-schools-missing","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/borninmalaysia\/2010\/10\/29\/many-schools-missing\/","title":{"rendered":"Many Schools Missing!"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">We need to bring in the big guns! We have lots of schools missing. Disappeared from the face of the earth (in Malaysia la). May need to seek help of bomohs too.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">The statistics clearly show number of Chinese and Tamil schools has been reduced but the Deputy Minister said <strong><a href=\"http:\/\/www.mmail.com.my\/content\/53507-query-schools-caused-stir-dewan-rakyat\" target=\"_blank\">no schools was closed down and he didn&#8217;t really answer the question asked<\/a><\/strong>. \u00a0From more than 880 Tamil schools in 1957, now left with 523 only.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\n<blockquote><p>Dewan Rakyat this morning became heated up during question time, after a query by Nga Kor Ming (DAP \u2013 Taiping) on Chinese schools raised the ire of Barisan Nasional MPs.<\/p>\n<p>Nga, during his supplementary question to Deputy Education Minister Dr Puad Zarkashi, questioned why the government had closed many Chinese and Tamil language schools in the country.<\/p>\n<p>\u201cFirstly, I\u2019d like to congratulate the country for establishing 2,637 national schools from the years 1948 to 2000,\u201d said Nga.<\/p>\n<p>\u201cAt the same time, I express my sadness knowing that 48 Chinese medium schools had been shut down. The same thing is also happening at Tamil schools.\u201d<\/p>\n<p>At this point, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (BN \u2013 Rompin) stood up to interject, accusing Nga of uttering seditious remarks.<\/p><\/blockquote>\n<p>Read the hansard below (comments in red are interesting indeed!). Full hansard for 27th October 2010 is available on parliament website <strong><a href=\"http:\/\/www.parlimen.gov.my\/files\/hindex\/pdf\/DR-27102010.pdf\" target=\"_blank\">here<\/a> [pdf file]. <\/strong>If schools were not closed down where did they go? How can number of schools reduced? Were they allowed to &#8220;die a natural death&#8221;? \u00a0Do we need Fox and Mulder to investigate?<\/p>\n<p>Most funny is the questions\/comments by Jamaludin Jarjis.<\/p>\n<blockquote>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">4. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Menteri Pelajaran menyatakan secara\u00a0terperinci satu demi satu status terkini pembinaan 19 buah sekolah jenis kebangsaan\u00a0SJK(C) yang diumum serta dijanjikan oleh kerajaan pada 31 Januari 2008 serta kos\u00a0terlibat dalam menyiapkan sekolah-sekolah tersebut.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Timbalan Menteri Pelajaran II [Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi]:\u00a0Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia.\u00a0Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha\u00a0meningkatkan pembangunan pendidikan dalam memastikan pembangunan modal\u00a0insan lebih berkesan tanpa mengamalkan diskriminasi ke atas mana-mana sekolah\u00a0yang terdapat dalam sistem pendidikan kebangsaan. Untuk makluman Ahli Yang\u00a0Berhormat, proses perpindahan dua buah SJK(C) telah siap dan mula beroperasi\u00a0pada tahun ini iaitu SJK(C) Tai Hong, berpindah dari Kota Tinggi ke Taman Impian\u00a0Emas, Johor Bahru dan SJK(C) Pai Tze dari Bukit Serampang ke Setia Eco\u00a0Gardens, Johor Bahru.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Manakala perpindahan lima sekolah lagi telah mendapat kelulusan pihak\u00a0berkuasa tempatan dan dalam proses pembinaan sekarang ini iaitu SJK(C) Bandar\u00a0Bukit Tangga &#8211; Bukit Beruntung, Selangor \u2013 RM3 juta. SJK(C) Pay Fong 1 &#8211;<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Crimson, Krubong, Melaka juga RM3 juta. SJK(C) Pun Pong &#8211; Alor Setar, Kedah \u2013\u00a0RM3 juta. SJK(C) Tung Hwa \u2013 RM3.8 juta iaitu Seremban dan SJK(C) Kiow Min &#8211;\u00a0Taman Perkasa, Alor Gajah, Melaka sebanyak RM2.3 juta. Dua lagi baru selesai isu\u00a0tapak iaitu SJK(C) Wu Tek &#8211; Bandar Pak Len, Kelang, Selangor. Yang kedua ialah\u00a0SJK(C) Pai Chee &#8211; Bandar Jasa Cemerlang, Johor.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk sekolah baru daripada enam\u00a0yang dicadangkan, baru satu telah selesai perolehan tapak iaitu SJK(C) Emerald &#8211;\u00a0Rawang. Tapak adalah ihsan daripada pihak pemaju bernilai RM3.5 juta. Manakala\u00a0selebihnya, pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dalam proses membuat\u00a0perolehan tanah, penyediaan pelan bangunan atau mengemukakan permohonan\u00a0kebenaran merancang untuk kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan. Keseluruhan\u00a0peruntukan yang disediakan untuk semua sekolah tersebut termasuk yang dijanjikan\u00a0ialah RM95 juta. Terima kasih.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan\u00a0terima kasih jawapan dari Timbalan Menteri.\u00a0Pendidikan adalah teras pembangunan negara. Mengikut statistik yang saya\u00a0ada, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya membina 2,637\u00a0buah sekolah kebangsaan sepanjang tempoh dari tahun 1948 hingga tahun 2000.\u00a0<strong><span style=\"color: #ff0000;\">Walau bagaimanapun, saya berasa amat sedih dan kesal, pada tempoh yang sama\u00a0sejumlah 49 buah sekolah jenis kebangsaan Cina telah ditutup. Ini sama juga\u00a0berlaku kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil, tutup<\/span><\/strong>. Memang jumlah bilangan\u00a0sekolah telah berkurangan. Tadi wakil kerajaan telah memberikan jawapan&#8230;<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya hendak minta,\u00a0Tuan Yang di-Pertua, 36(6). <span style=\"color: #ff0000;\"><strong>Ini kenyataan benarkah kita tutup sekolah Cina ni? <\/strong><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Ini sekarang floor saya.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: <span style=\"color: #ff0000;\"><strong>Your floor, but you are\u00a0seditious, how can you tuduh tidak betul<\/strong><\/span>.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: What seditious?<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: <strong><span style=\"color: #ff0000;\">Ini you kata tutup\u00a0sekolah mana? Mana ada kita tutup sekolah Cina<\/span><\/strong>.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Ini saya cadangkan..<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa Yang Berhormat Rompin, biar Menteri\u00a0yang jawab nanti.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Jumlah bilangan sekolah yang&#8230; ini Duta\u00a0Amerika, balik Amerika Syarikatlah. Jangan buang masa masuk Dewan.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Betulkah sekolah Cina\u00a0ditutup supaya kita menang dalam pilihan raya?<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Belum saya habis pertanyaan, buat apa\u00a0kacau dalam Dewan ini? Balik Amerikalah, jadi Duta Amerika, mengapa duduk sini?<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">[Dewan riuh]<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Ini hak saya, ini hak\u00a0saya, saya ada hak saya.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Dia tidak tahu, sebab itu jangan putar belit,\u00a0jangan putar belit. [Dewan riuh]<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Taiping.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Apa cakap macam ini?<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Ikut peraturan mesyuarat. Saya belum\u00a0habis.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Duduk dulu Yang Berhormat Taiping. Itu sebabnya\u00a0Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sering kali mengingatkan bahawa apabila berhujah,\u00a0kalau boleh elakkan menggunakan perkataan-perkataan yang mengundang reaksi\u00a0negatif dari sebelah, fasal beginilah. Apabila saya bercakap begini ada yang\u00a0mengatakan bahawa saya berkhutbah. Bagus lagi saya berkhutbah daripada\u00a0mendengar pertengkaran yang tidak habis-habis. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat\u00a0berkenaan, saya sarankan supaya pergi ke Batu Sapi dan Galas. Sila, teruskan.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">[Ketawa]<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang\u00a0bijaksana. Soalan tambahan saya, tadi <span style=\"color: #ff0000;\"><strong>wakil kerajaan katakan kerajaan tidak pernah\u00a0mengamalkan apa-apa dasar diskriminasi ke atas semua aliran sekolah. Maka,\u00a0adalah tugas saya sebagai wakil rakyat untuk memaklumkan kepada Timbalan\u00a0Menteri tentang garis panduan dan surat pekeliling kementerian yang wujud pada\u00a0hari ini<\/strong><\/span>.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Soalan pertama saya, garis panduan dan surat pekeliling yang sedia ada\u00a0menetapkan tapak rizab sekolah hanya boleh digunakan untuk bina sekolah\u00a0kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan lain seperti Tamil dan Cina tidak\u00a0diberikan layanan yang saksama.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Kedua, garis panduan dan surat pekeliling dari kementerian <strong><span style=\"color: #ff0000;\">juga menetapkan\u00a0jika Lembaga Pengelola Sekolah yang ingin memohon, merayu untuk membina\u00a0sekolah baru, sebelum mereka mendapat membuat permohonan untuk permit\u00a0membina sekolah, mereka perlu merayu dan mendapatkan sumbangan wang\u00a0sekurang-kurangnya 80%, 80% raised baru boleh memohon<\/span><\/strong>.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Garis panduan ketiga, surat pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian\u00a0sendiri. <strong><span style=\"color: #ff0000;\">Mana-mana pelajar yang belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina, jika\u00a0hendak tukar kepada sekolah kebangsaan boleh tetapi sebaliknya jika hendak tukar\u00a0dari sekolah kebangsaan hendak tukar kepada sekolah jenis kebangsaan Cina atau\u00a0Tamil, tidak boleh<\/span><\/strong>. [Dewan riuh]<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Sebab itu &#8211; Yang Berhormat Rompin, sudah lama tidak datang Dewan\u00a0Rakyat, tidak tahu, maka jangan buat kacau dalam Dewan ini. Ini surat pekeliling,\u00a0bukan yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat. Itu dikeluarkan oleh kementerian,\u00a0sebab itu saya hendak tanya, soalan saya dengan atas dasar 1Malaysia, Rakyat\u00a0Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Saya hendak memohon jasa baik &#8230;<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Okeylah, saya boleh jawab.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Bilakah kementerian akan mengetepikan&#8230;..<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato\u2019 Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat\u00a0Taiping kena cirit birit macam Yang Berhormat Jelutonglah.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Bilakah kerajaan akan mengetepikan dan\u00a0memansuhkan surat-surat pekeliling yang tidak adil ini supaya semua rakyat dalam\u00a0negara ini berasa mereka diberikan layanan yang adil dan saksama? Itu soalan\u00a0saya.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat\u00a0Taiping ini memang kaki gaduh, sebab itulah dengan Yang Berhormat Ipoh Barat\u00a0pun dia gaduh juga. Kawan sendiri pun dia gaduh. Saya hendak tanya bila hendak\u00a0cium mulut dengan Yang Berhormat Ipoh Barat.\u00a0Tuan Yang di-Pertua, <strong><span style=\"color: #ff0000;\">Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah menutup\u00a0sekolah-sekolah SJK(C), SJK(T) dan sebagainya<\/span><\/strong>. Bahkan, a<strong><span style=\"color: #ff0000;\">da SJK(T) yang tinggal\u00a0satu murid pun kita tidak tutup<\/span><\/strong>. Sebab itulah jangan buat tuduhan yang melulu. <strong><span style=\"color: #ff0000;\">Kita\u00a0ada juga sekolah yang sudah ditutup kerana berpindah tempat lain tetapi mohon\u00a0dibuka semula pun kita buka semula \u2013 kita beri<\/span><\/strong>.\u00a0Kalau Yang Berhormat sebut tentang sekolah SJK(C), <strong><span style=\"color: #ff0000;\">kita ada tapak untuk\u00a0SK (sekolah kebangsaan) yang kita beri dengan penuh ihsan untuk membina\u00a0sekolah SJK(C) seperti yang di Bukit Sentosa tadi. Kita tidak ada diskriminasi<\/span><\/strong>.\u00a0Sebab itulah dalam Bajet 2011 dengan cukup jelas disebut kita menyediakan RM250\u00a0juta untuk sekolah bantuan modal dan <strong><span style=\"color: #ff0000;\">RM2,000 kita sediakan untuk bayar utilities\u00a0setiap bulan untuk sekolah-sekolah bantuan modal termasuklah SJK(C)<\/span><\/strong>. Untuk\u00a0makluman Yang Berhormat, kalau kita hendak discriminate, <strong><span style=\"color: #ff0000;\">kita terima 800 guru\u00a0GSTT daripada SJK(C) ke dalam program KDC<\/span><\/strong>. Lapan ratus orang satu jumlah\u00a0yang ramai.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Bagaimana Yang Berhormat kata kita hendak diskriminasi sedangkan banyak\u00a0lagi sekolah-sekolah kebangsaan juga&#8230;<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Surat pekeliling. [Dewan riuh]<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Banyak sekolah kebangsaan&#8230;<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Bagaimana dengan garis panduan&#8230;<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang menghadapi masalah di\u00a0pedalaman \u2013 sekolah banjir, sekolah menumpang, sekolah dua sesi di pedalaman.\u00a0Ini juga perlu diberi perhatian. Kita tidak ada memberikan sebarang sikap yang\u00a0diskriminasi kepada SJK(C), bahkan kita membantu. <strong><span style=\"color: #ff0000;\">Kita bayar gaji RM2,900.\u00a0RM1.8 bilion untuk sekolah-sekolah SJK(C) ini<\/span><\/strong> \u2013 gaji guru ya. Jadi ini Yang\u00a0Berhormat kena terima. Saya hendak beritahu, lima daripada sekolah yang tidak\u00a0selesai tanahnya adalah di Selangor. Di Selangor, kalau boleh Kerajaan Negeri\u00a0berilah tanah. Apa yang berlaku, dia ambil tanah untuk curi pasir. Itu yang berlaku\u00a0sebenarnya.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Bantahan.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Tanah untuk bina UiTM pun dia ambil.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Yang di-Pertua&#8230;<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Ini sangkaan jahat.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan\u00a0Negeri Selangor memang ada bagi mewartakan banyak tanah untuk mendirikan&#8230;<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">[Dewan riuh]<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat duduk dahulu, duduk dahulu. Ahli\u00a0Yang Berhormat duduk dahulu.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ia ditukar untuk membina SJK(C).<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Mereka yang mengundang kekecohan Tuan\u00a0Yang di-Pertua.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu, duduk dahulu.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Beberapa Ahli: [Menyampuk]<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu. Inilah masalahnya. Apabila soalan\u00a0ditanya, bising, soalan dijawab setimpal, bising.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat\u00a0Seputeh hendak register kehadiran itu.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Tuan Yang di-Pertua,\u00a0saya hendak bawa Point of Order 36(10)(c). \u201cAdalah salah pada peraturan\u00a0menggunakan perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit\u00a0hati ataupun bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam\u00a0Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta\u00a0Hasutan, 1984.\u201d Tadi Yang Berhormat Taiping mengatakan kerajaan menutup 40\u00a0buah sekolah Cina.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Siapa makan cili dia rasa pedas.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: You shut up!<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato\u2019 Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Kurang ajar ini orang.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Duduk! Duduk! Ini hak\u00a0saya. Saya majoriti besar di Parlimen Rompin itu. Jangan kacau. Ini menghasut.\u00a0Ini kerana apa? Ini kerana dua pilihan raya kecil di sana supaya pengundi Cina tidak\u00a0menyokong kerajaan Barisan Nasional dan sanggup menghasut orang Melayu kucar\u00a0kacir antara kaum, ini politik apa ini? Menyalahgunakan ini. [Mengangkat buku\u00a0Peraturan Mesyuarat] Saya minta maaf. Saya sudah tidak tahan dengar. Saya\u00a0diam tetapi cara ini&#8230;<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih. Saya arif benar dengan\u00a0peraturan mesyuarat tadi itu tetapi selama duduk di sini lebih kurang tiga tahun, saya\u00a0mempunyai kesimpulan bahawa ahli-Ahli Yang Berhormat ini kadang-kadang hatihati\u00a0kamu cukup keras. Kadang-kadang tidak terjolok, kadang-kadang tidak sakit,\u00a0kadang-kadang tidak sensitif. Ini kerana kalau sensitif, andai sakit, tidak adalah Ahliahli\u00a0Yang Berhormat yang mengeluarkan hujah melanggar peraturan mesyuarat.\u00a0Terima kasih.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Beberapa Ahli: [Bangun]<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Yang ini berdiri untuk soalan&#8230;<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Tambahan.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Okey, sila Yang Berhormat Ledang.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato\u2019 Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Maknanya Tuan Yang di-Pertua\u00a0membuat ruling menolak apa yang dipohon oleh Yang Berhormat Rompin. Terima\u00a0kasih. [Ketawa]<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Kami minta ruling Tuan<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Yang di-Pertua. Apa hukuman ruling untuk Yang Berhormat Taiping, ruling untuk\u00a0Yang Berhormat Taiping.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Rompin\u00a0itu bawa perkara yang benar sebenarnya.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Satu pandangan yang\u00a0racist. Ruling untuk Yang Berhormat Taiping Tuan Yang di-Pertua.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Taiping\u00a0membuat perasaan bersakit-sakit hati.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: [Bercakap tanpa\u00a0menggunakan pembesar suara]<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Rompin, terima kasih\u00a0Yang Berhormat Rompin.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Ruling ini memang kena.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: [Bercakap tanpa\u00a0menggunakan pembesar suara] Ini menghasut.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk]<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, terima kasih, terima kasih.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Tuan Yang di-Pertua, ini\u00a0kena tarik balik ini. Ini kenyataan tidak benar dan boleh menghasut yang jelas salah.\u00a0Akan tetapi parti DAP untuk menang pilihan raya, apa jua mereka akan buat, tiupkan<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">semangat supaya orang Cina benci Malaysia. Apa ini?<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kenapa Yang Berhormat Rompin\u00a0begitu bimbang tentang pilihan raya kecil?<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Betul tidak kerajaan\u00a0menutup SJK(C)?<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Seputeh\u00a0sudah, sudah.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Dato&#8217; Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Betul tidak? Kalau betul\u00a0tidak apalah, tetapi saya rasa tidak. Ini tohmah, pendustaan yang besar, fitnah<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">besar.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Okey Tuan Yang di-Pertua.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Ledang.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Beberapa Ahli: [Menyampuk]<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Tuan Yang di-Pertua: Sudah saya buat ruling Ahli-ahli Yang Berhormat.\u00a0Soalan yang diajukan itu kalau merupakan pembohongan, ia telah dijawab oleh\u00a0Menteri. Jadi soalan seperti tumbukan kalau 50% kuatnya, jawapan pun 50%, bagi\u00a0saya fairlah. [Ketawa] Sila Yang Berhormat Ledang.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Sebagaimana yang kita sedia maklum Tuan Yang di-Pertua, bahawa semua sekolah\u00a0kebangsaan dan semua sekolah menengah kebangsaan adalah untuk seluruh rakyat\u00a0Malaysia, tidak kira Melayu, Cina atau India. Semua sekolah menengah kebangsaan\u00a0adalah untuk seluruh rakyat Malaysia. Kita tahu kerajaan prihatin dan kerajaan tidak\u00a0pernah mengabaikan soal pendidikan.\u00a0Justeru Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu sejauh mana \u2013 lebih daripada\u00a0ini, kerajaan lebih prihatin terhadap pembangunan pendidikan sekolah-sekolah\u00a0bantuan kerajaan? Ini kerana kita lihat setiap sekolah-sekolah ini menghadapi\u00a0masalah seperti kekurangan guru, bangunan yang daif dan kekurangan kewangan\u00a0dan sebagainya di seluruh negara. Ini adalah semua sekolah. Tidak ada sekolah\u00a0Jawa, tidak ada sekolah Iban, tidak ada sekolah Banjar, Bugis dan sebagainya. Ini\u00a0adalah untuk semua rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India. Sejauh\u00a0mana kerajaan prihatin berbanding dengan keistimewaan yang telah kerajaan\u00a0berikan kepada semua sekolah-sekolah lain. Sekian, terima kasih.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Yang Berhormat Ledang.\u00a0Sebab itulah di dalam Bajet 2011, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan yang\u00a0semakin besar untuk Kementerian Pelajaran. Bahkan untuk tujuan pembangunan,\u00a0telah dinaikkan kepada RM6.4 bilion dengan tujuan bahawa dengan pertambahan\u00a0yang sebegini besar \u2013 selain daripada Belanja Mengurus, maka kita dapat\u00a0memastikan bahawa mana-mana sekolah yang berada dalam keadaan yang daif,\u00a0sekolah yang sering dilanda banjir, sekolah menumpang sepertimana yang saya\u00a0sebut masih banyak terutamanya di Sabah, Sarawak yang banyak sangat sekolah\u00a0menumpang, ini kita akan dapat atasi dengan jumlah perbelanjaan yang bertambah\u00a0ini. Ini tidak termasuk yang saya kata Belanja Mengurus dinaikkan kepada RM2.93\u00a0bilion.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Oleh kerana itu, saya ingin menyatakan di sini bahawa pendirian kita adalah\u00a0cukup jelas bahawa sekolah kebangsaan ialah bukan sekolah Melayu. Sekolah\u00a0kebangsaan ialah sekolah untuk semua rakyat Malaysia termasuk pendudukpenduduk\u00a0yang berketurunan Iban, Kadazan Dusun, Kayan dan sebagainya. Oleh\u00a0itu, bila kita membela sekolah-sekolah kebangsaan, maka ia juga adalah untuk\u00a0sekolah semua kaum. Dalam masa yang sama, kita tidak pernah melupakan\u00a0sekolah-sekolah bantuan modal. Sebab itu kita kategorikan sekolah-sekolah ini\u00a0sebagai sekolah bantuan kerajaan iaitu antaranya seperti sekolah mubaligh, sekolah\u00a0SJK(C), SJK(T), bahkan Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri pun kita\u00a0bantu.\u00a0Oleh kerana itulah, saya ingin menyatakan di sini bahawa dasar kerajaan\u00a0dalam soal pembangunan modal insan ini adalah cukup adil, cukup saksama\u00a0sebenarnya. Sebab kita tahu bahawa pendidikan ini penting.<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\">Sebab itulah pada saya apa juga yang dibangkitkan oleh pembangkang\u00a0terutama DAP memang adalah bertujuan politik. <span style=\"color: #ff0000;\"><strong>Mereka langsung tidak pernah\u00a0membela sekolah-sekolah kebangsaan di pedalaman yang cukup daif. Mereka tidak\u00a0pernah pergi pun ke Sabah, Sarawak, pedalaman ini. Yang hanya mereka lihat\u00a0hanya sekolah di bandar<\/strong><\/span>.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Tunggu Pakatan Rakyat jadi kerajaan, kita\u00a0akan pergi.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Jangan cabar.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi: Penghasut besar.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Nanti kalah.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify;\"><\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran]: Tuan Yang di-\u00a0Pertua, pertamanya saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah\u00a0kepada Tuan Yang di-Pertua kerana watak dan peranan sebagai Tuan Yang di-<\/div>\n<div id=\"_mcePaste\" style=\"text-align: justify;\">Pertua yang world class.<\/div>\n<\/blockquote>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>We need to bring in the big guns! We have lots of schools missing. Disappeared from the face of the earth (in Malaysia la). May need to seek help of bomohs too. The statistics clearly show number of Chinese and Tamil schools has been reduced but the Deputy Minister said no schools was closed down [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[6,7],"tags":[112,19,20],"class_list":["post-6995","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-borninmalaysia","category-tamil-schools","tag-discrimination","tag-education","tag-tamil-school"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6995","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6995"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6995\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6995"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6995"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6995"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}