{"id":795,"date":"2007-11-27T09:15:23","date_gmt":"2007-11-27T01:15:23","guid":{"rendered":"http:\/\/poobalan.com\/blog\/borninmalaysia\/2007\/11\/27\/selangor-govt-provide-more-info-on-padang-jawa-temple-status\/"},"modified":"2007-11-27T09:15:23","modified_gmt":"2007-11-27T01:15:23","slug":"selangor-govt-provide-more-info-on-padang-jawa-temple-status","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/borninmalaysia\/2007\/11\/27\/selangor-govt-provide-more-info-on-padang-jawa-temple-status\/","title":{"rendered":"selangor govt provide more info on padang jawa temple status"},"content":{"rendered":"<p>follow the link given earlier by a <a href=\"http:\/\/poobalan.com\/blog\/indian\/2007\/08\/17\/samy-hits-back-at-hindraf-on-memorandum\/#comment-2773\">reader<\/a> in my blog, i also found the following entry at the website of selangor MB. hop&nbsp; hindraf can verify or provide more information on this. <\/p>\n<p><b><big>Info &amp; Fakta Isu Setinggan Rimba Jaya, Shah Alam<\/big><\/b><br \/>Thursday, November 08 @ 12:14:22 MYT \t<\/p>\n<p align=\"justify\">      <a href=\"http:\/\/www.mbselangor.net.my\/modules.php?name=News&amp;file=article&amp;sid=1606\">source<\/a><\/p>\n<p align=\"justify\">      1.0     Latarbelakang Setinggan Rimba Jaya Setinggan Kampung Rimba Jaya,  Seksyen 16 Shah Alam terletak di kawasan seluas 69.170 ekar di atas tapak tanah kepunyaan Ken Rimba Jaya Sdn. Bhd.  Bilangan keseluruhan unit setinggan di Kampung Rimba Jaya terdiri daripada 1121 struktur setinggan iaitu (1117 unit kediaman, 1 unit surau, 2 unit kuil kecil dan 1 unit kuil besar).  <\/p>\n<p>2.0     Latarbelakang Proses Perobohan dan Tindakan Mahkamah Yang Berkaitan 2.1     Perobohan pertama Pada 15 dan 16 November 2003,  pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengeluarkan notis meroboh berdasarkan kepada (Peraturan 10 di dalam Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan) 1969 yang memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk merobohkan setinggan atas dasar kepentingan awam) kepada 110 unit kediaman setinggan sahaja.<\/p>\n<p>    Walaubagaimanapun 12 penduduk setinggan yang terlibat telah mendapatkan perintah injunksi interim daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menghalang MBSA daripada merobohkan kediaman mereka sementara menunggu Saman Pemula bagi mencabar kesahihan (legality) notis perobohan yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis.   Daripada 110 unit kediaman hanya 99 telah berjaya dirobohkan pada ketika itu.   <\/p>\n<p> Pada 7 Julai 2004,   Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membuat keputusan bahawa notis yang telah dikeluarkan oleh MBSA tidak sah dan Majlis dilarang daripada mengusir setinggan dari tapak tersebut. <\/p>\n<p> Tindakan seterusnya pihak MBSA telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut ke Mahkamah Rayuan,  Putrajaya dan pada 9 Februari 2007,  Mahkamah Rayuan Putrajaya telah membuat keputusan bahawa notis tersebut adalah sah dan arahan-arahan kerajaan negeri berhubung pembersihan setinggan adalah sah dan perobohan untuk 12 unit kediaman setinggan telah dilaksanakan pada 6 Mac 2007.  <\/p>\n<p> 2.2     Perobohan Kali Kedua  <\/p>\n<p> Bagi baki 1011 unit setinggan,   Pihak Majlis telah mengadakan Majlis dialog bersama penduduk pada 24 Julai 2005 di Dewan Padang Jawa dan berdasarkan kepada majlis dialog tersebut sebanyak 703 telah bersetuju untuk pindah ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 26 manakala baki sebanyak 308 enggan berpindah.  <\/p>\n<p> Rentetan daripada itu,  pihak Majlis telah mengeluarkan notis meroboh 308 struktur yang ada di tapak iaitu 304 rumah, 1 unit surau dan 3 unit kuil.  Sebagai gantian satu tapak untuk kuil dan surau akan disediakan di kawasan berhampiran.  <\/p>\n<p> Namun begitu,  274 penduduk setinggan telah mefailkan tindakan terhadap MBSA melalui Saman Pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mencabar kesahihan (legality) notis tersebut dan telah difailkan bersama-samanya satu permohonan injunksi interim,  sementara menunggu Saman {emula tersebut diputuskan.  Manakala itu baki 30 unit rumah, 1 unit surau dan 3 unit kuil yang telah diserahkan notis yang sama tidak mefailkan sebarang permohonan Saman Pemula atauapun injunksi untuk menghalang perlaksanaan notis tersebut.  <\/p>\n<p> Seterusnya,  permohonan untuk Injunksi Interim Inter-Part yang difailkan oleh 274 penduduk setinggan tersebut telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Oktober 2007.   Ini bermakna pihak MBSA tidak lagi dihalang daripada melaksanakan kehendak notis perobohan tersebut yang mana kesahihan (legality) notis perobohan tersebut juga telah diakui oleh Mahkamah Persekutuan melalui keputusan kes bertarikh 31 Julai 2007 yang telah diperolehi dalam kes rayuan yang telah difailkan oleh 12 penduduk setinggan sebelum ini.  <\/p>\n<p> Justeru itu,  lanjutan daripada penolakan terhadap permohonan 274 penduduk setinggan untuk Injunksi Interim inter-parte tersebut,  pihak MBSA telah menjalankan operasi perobohan baki unit struktur bangunan setinggan termasuk 1 unit surau dan 3 unit kuil pada 30 Oktober 2007.  <\/p>\n<p>   3.0     Isu perobohan terhadap kuil dan surau<\/p>\n<p> Berhubung isu perobohan kuil dan surau,   pihak MBSA ingin memaklumkan 3 unit kuil dan 1 unit surau yang telah diserahkan notis meroboh bangunan pada 17 November 2005 tidak mefailkan sebarang tindakan untuk menghalang perlaksanaan notis meroboh yang telah dikeluarkan.   Namun begitu pihak MBSA telah mengambil keputusan untuk menangguhkan proses perobohan terhadap 3 unit kuil dan 1 unit surau atas pertimbangan berikut :<\/p>\n<p>   1)       Proses perobohan 3 unit kuil dan 1 unit surau tersebut akan dilaksanakan serentak dengan proses perobohan baki unit setinggan yang akan dilakukan setelah mendapat keputusan akhir daripada Mahkamah berhubung permohonan Injunksi Interim inter-parte yang telah difailkan oleh 274 penduduk setinggan yang terlibat.  <\/p>\n<p> 2)       Selagi permohonan 274 penduduk setinggan untuk Injunksi Interim inter-parte tidak diputuskan oleh mahkamah, pihak Majlis tidak dapat merobohkan unit kediaman setinggan mereka.  Oleh itu,  atas dasar keperluan mereka untuk melaksanakan ibadat harian kuil dan surau tidak dirobohkan.    <\/p>\n<p> 3)      Kuil tersebut ada yang bercantum dengan unit setinggan yang telah memperolehi perintah Injunksi Interim ex-parte.  Oleh yang demikian,  kerja perobohan sukar dilakukan kerana boleh menjejaskan unit setinggan yang dilindungi oleh perintah Injunksi ex-parte tersebut.  <\/p>\n<p> Berikutan keputusan pihak Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Oktober 2007 yang menolak permohonan injunksi interim inter-parte daripada 274 penduduk setinggan Rimba Jaya untuk menghalang pihak MBSA daripada meroboh kediaman setinggan mereka maka pihak MBSA telah mengadakan operasi meroboh pada 30 Oktober 2007. Walaubagaimanapun dalam operasi perobohan tersebut hanya 2 unit kuil dan 1 unit surau sahaja berjaya dirobohkan manakala itu perobohan 1 unit kuil telah ditangguhkan. <\/p>\n<p>Dalam operasi tersebut 4 anggota penguatkuasa telah mendapatkan kecederaan di mana 3 anggota telah mengalami kecederaan di kepala dan seorang anggota telah mengalami patah jari kelingking.  <\/p>\n<p> Sekian,  terima kasih. <\/p>\n<p> Sekretariat Akhbar Negeri Selangor\n   <\/p>\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>follow the link given earlier by a reader in my blog, i also found the following entry at the website of selangor MB. hop&nbsp; hindraf can verify or provide more information on this. Info &amp; Fakta Isu Setinggan Rimba Jaya, Shah AlamThursday, November 08 @ 12:14:22 MYT source 1.0 Latarbelakang Setinggan Rimba Jaya Setinggan Kampung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[6,11],"tags":[119,21,278,101,147,275],"class_list":["post-795","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-borninmalaysia","category-indian","tag-dap","tag-hindraf","tag-ngo","tag-padang-jawa","tag-selangor","tag-temples"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/795","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=795"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/795\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=795"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=795"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/poobalan.com\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=795"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}