Menyongsong kisah-kisah pencapaian itu, kita ingin bertanya, apakah jenis bangsa yang berjaya menunjangi perjuangan hebat ini? Apakah sistem nilai yang dipegang? Persoalannya di sini, bukanlah kita ingin termanggu dengan kejayaan-kejayaan lalu, namun, marilah kita menyingkap apakah kekuatan dan apakah faktor yang menjadi asas kepada keutuhan pertubuhan yang bermakna ini.Dalam konteks ini, sesuai jika saya mengungkap beberapa baris puisi indah oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang serta bait-bait coretan gurindam daripada seorang tokoh persuratan, Tenas Effendy yang membicarakan tentang Melayu. Pertama sekali dari segi usul dan asalnya disebut:Melayu itu, kaya falsafahnya Melayu itu, orang yang bijaksana Akal budi bersulamkan dayaJawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu,Saudara dan Saudari,Tidak lengkap lagi senarai ini sebenarnya:Jakun dan Sakai asli Melayu,Arab dan Pakistani, semua MelayuMamak dan Malbari serap ke Melayu Malah muallaf bertakrif MelayuMendakap realiti semasa Malaysia pula:Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam, Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum, Kita bersama dalam serumpun,Di sudut perpaduan dan agama dinyatakan bahawa:Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadanMaruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawanSeterusnya dari perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan:Menjadi pemimpin sifatnya agungSyarak dipakai adat dijunjungHidupnya mengabdi kepada rakyatTaat setia membela umatAkhirnya, disimpulkan Melayu itu:Dijadikan induk kuat berdiri Umat sentosa bertuahlah negeriSaudara dan Saudari sekalian,Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni. Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat.Terbukti, di sudut leluhurnya, bangsa Melayu itu, sejak sekian lama telah merentas ujian waktu. Keperibadian inilah juga yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk. Sikap inilah juga menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.Lebih indah pula, ciri kepimpinan Melayu yang saya utarakan ini, telah dimurnikan dengan tibanya ajaran Islam yang menyeru, mendidik dan mendokong pendekatan wasatiyah. Wasatiyah, adalah suatu kaedah mengamalkan kehidupan individu mahupun masyarakat secara berimbang dan syumul dalam segenap bidang terutamanya dalam soal-soal yang menyangkut perpaduan dan kenegaraan.Sesudah itu, dari masa hingga masa, ajaran Al-Quran serta sunnah disulam dan dijalin kemas dalam anyaman hidup seharian orang Melayu. Sejak itulah juga hingga kini, nilai orang Melayu, padat diwarnai dengan hala cara wasatiyah atau pertengahan.Merujuk para ulama tafsir, disyarahkan bahawa, umat wasatiyah secara tuntasnya adalah umat yang adil lagi berdaya maju, bekerja keras untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
LIGHT exchanges over the origins of Malay and whether Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, who is of Turkish descent, could be regarded as Malay, had the delegates in stitches yesterday.
Fellow vice-president Datuk Seri Shafie Apdal had the floor in stitches earlier when he said that party president Datuk Seri Najib Tun Razak didn’t include the Turks when defining the Malays in the country during his presidential address.
Hishammuddin said that even Shafie, whom he called “the pirate of Semporna”, had eloquently presented his speech in Malay, complete with poetry. Shafie is of Bajau descent.
Hishammuddin took the joke further by labeling Umno vice-president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi as Jawa Bagan Datuk, Malacca chief minister Datuk Seri Ali Rustam as Bengali Malay, Perak Mentri Besar Datuk Dr Zambri Abdul Kadir as mamak Malay, Datuk Seri Musa Aman as Malay-Pakistan-Dusun. To this, a delegate retorted he is a three-in-one Malay.
Putra Umno chief Datuk Azeez Abd Rahim was not left out.
“I have checked (with the National Registration Department) and the JPN director-general told me that Azeez’s (ethnic) status is unknown,” Hishammuddin said.
Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin also touched on a person’s roots.
“People ask me what am I. My late father was a Bugis and my late mother was a Javanese. I am a Malay,” he said.
Najib, in his winding-up speech, declared that the man of Turkish descent and the guy with “unknown status” are also Malays.
“We are all Malays. We must be united,” he said to loud applause from the floor.
On Thursday, Najib had given a long list of creeds and ethnic groups ranging from Bajau to Pakistanis, Arabs and Indian Muslims who were regarded as part of the Malay root.
The political parties can say many things, but what are the implication to us, the “non-Malays”? The implication, for me, is that one is enticed to be a “Malay” due to the benefits. Since we are in an unequal country (as per PM Najib’s own words), the benefits favor one group, and thus, we can see cases of foreigners (and locals) intermarrying with local “Malays” to get the benefits. How does it feel when the 2nd generation Middle East or South Asia guy buys property for 7% discount whereas you have to pay full price? So where does that leaves the Chinese and Indians who are into the 3rd or 4th generation living in Malaysia? You can convert , OR if you find this situation is unacceptable, then you can make plans for migration (if you are getting old, plan for your children).
The second point is the acknowledgement that our country has been given independence and has progressed this far due to collective effort of all races. But for me, does this acknowledgement translate into action? Due to unbalanced environment, we feel having contributed much more, but the benefits going towards one side. And any achievement by the privileged groups is looked with a perception that it was achieved due to “affirmative help”.
Sebab itulah, saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum. Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa, mahupun ikhtiar ekslusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif.
Bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali. Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain.Serentak dengan itu, penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dengan sekelip mata telah mentransformasikan landskap sosiopolitik Tanah Melayu untuk selama-lamanya.Dek kerana itu, kita tidak boleh lagi hidup terpenjara kisah nan lalu tanpa melihat ke hadapan. Pokoknya di sini, sepertimana prinsip keutuhan sebarang kontrak yang dibuat di bawah lembayung kedaulatan undang-undang, jika tidak dihormati, maka tiadalah kepastian, walaupun bagi perkara-perkara asas yang telah dipersetujui bersama.Analoginya di sini, jika ia berlaku dalam bidang perniagaan, maka pihak yang berbuat demikian akan mendapati diri mereka, tidak lagi dipercayai oleh sesiapapun, apabila memungkiri janji.Seterusnya lagi, jika ikrar setia yang telah diwaad, dilanggar sewenang-wenangnya apabila tidak sesuai dengan selera atau kepentingan tertentu, akan hancurlah kepercayaan dan rapuhlah rasa penghormatan di antara kita, kerana, masing-masing akan dihidapi penyakit kesangsian terhadap motif, kejujuran serta keikhlasan terhadap satu sama lain.Hal yang membarah sebegini berbahaya, saya ulang, amat berbahaya kepada sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia kerana ia berpontensi menghancurkan segala apa yang dibina sejak lebih lima puluh tahun yang lalu.
Satu hal yang pasti, timbal balas dipersembahkan bukan sahaja oleh bangsa Melayu, tetapi juga oleh kaum lain. Ia dimanifestasi melalui muafakat murni iaitu bagi memperoleh kerakyatan, orang bukan Melayu telah sanggup menerima prinsip hak keistimewaan sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian itulah, kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional.
Sememangnya, manusia tidak wujud dan hidup dalam sebuah utopia. Manusia tidak dapat lari dari realiti dan persekitaran. Malaysia adalah sebuah negara berasaskan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sepertimana ideologi kebangsaan yang ternukil dalam panca prinsip Rukun Negara.Seperti yang kita maklum, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181.Sehubungan hal ini, hendaklah kita mengetahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini, sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik. Ini kerana, dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas.Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu. Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.Di sebalik semuanya, suka tidak suka, ada sebab yang amat kuat mengapa perkara-perkara ini tidak dibenarkan untuk dipinda kecuali dengan perkenan Majlis Raja-Raja. Hikmahnya, adalah supaya peruntukan-peruntukan tersebut di letakkan luar daripada forum perbincangan. Jika dibuka juga kepada perbahasan, maka kita bimbang, kita khuatir, ia akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan “primordial instinct” atau naluri asal wujud antara etnik.