SJKT Ladang Selangor River burnt down

May 18th, 2009 by poobalan | View blog reactions Leave a reply »
 Subscribe in a reader | Subscribe by Email



From RTM Disaster Unit blog:

Unit Bencana RTM (03-22827448) menerima panggilan telefon daripada Puan Mageswary pada pukul 11:45 pagi, 16 Mei 2009 (Sabtu), mengatakan bahawa SJK (T) Ladang Selangor River, Batu 7, Kampung Kuantan, Kuala Selangor musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.

Pegawai bertugas di Bilik Operasi, Uthaya Sankar SB menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dan mendapatkan pengesahan daripada Ketua Balai, Encik Meon Harun.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada pukul 00:46 tengah malam mengenai kebakaran itu.

“Tiga jentera bomba dengan 17 anggota dari Balai Bomba Kuala Selangor, Batang Berjuntai dan Tanjung Karang berjaya memadam api dalam masa 25 minit,” kata beliau.

95 peratus daripada bangunan sekolah berkenaan musnah manakala hanya sebuah stor berjaya diselamatkan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

Manakala itu, Unit Bencana RTM turut menghubungi Bendahari MIC Kuala Selangor, Encik Kumarasamy Subramaniam yang mengesahkan beliau turut mendapat laporan mengenai kebakaran SJK (T) Ladang Selangor River.

Menurut beliau, ketiadaan sumber air menjadi salah satu punca pihak bomba tidak dapat memadam kebakaran dengan segera.

“Saya juga telah memaklumkan kejadian ini kepada Presiden MIC yang berjanji akan membawa perkara ini kepada perhatian Menteri Pelajaran,” kata Kumarasamy ketika dihubungi Unit Bencana RTM.

TV1 menyiarkan segera “crawling” mengenai kebakaran itu selain menyiarkan berita berbentuk “word story”. Maklumat juga disalurkan ke Berita Radio (Bahasa Malaysia dan Tamil) untuk tindakan susulan.

95% of the school is no more. Only a store was saved.

Advertisement

Comments are closed.