Fancy punishment for khalwat?

April 3rd, 2008 by poobalan | View blog reactions Leave a reply »
 Subscribe in a reader | Subscribe by Email



I’m sure that IKIM, Syariah Judiciary Department, and AG can focus on better things, like guidelines on illegal body snatching, dubious conversion, taking over assets and estate of the deceased, insensitivities of the body snatchers etc. Instead, they want to be “fair” and find a way to charge the non-muslim partner in court!

The problem with khalwat is that it is a crime only for Muslims and is not limited to adultery (in case one or both partners were married to someone else) only. Basically if a muslim is found in close proximity with another person of the opposite sex (better not go into the other category yet) who is not a muhrim (related to each other in an appropriate way) in the same personal space (like in a secluded spot, in a car, in a room, etc), that is known as khalwat. This most likely differs with concept of physical relationship out of marriage (or before marriage) which is common among those who profess a religion. As far as I know, a person having affair (or being in comprimising position) with a married person is not committing a crime, but it could lead to other proceedings like divorce, indecent behaviour, public nuisance case (remember the two chinese who were caught for holding hands/kissing at KLCC park?) etc.

Voila! that’s why we have a all-purpose solution… I think ISA can be used to solve this kind on problems 🙂

I’m no lawyer, but I think such a rule will infringe with the rights of a citizen.

Proposal to punish non-Muslims for khalwat

source
By IZATUN SHARI

KUALA LUMPUR: Non-Muslims committing khalwat (close proximity) with Muslims should also be held liable for the crime, two Islamic bodies have proposed in a resolution to be sent to the Attorney-General’s Chambers.

The Islamic Institute of Understanding Malaysia (Ikim) and Syariah Judiciary Department Malaysia said non-Muslims found committing khalwat with Muslims should also be sentenced, perhaps in the civil courts.

“Muslims are sentenced in Syariah courts … but we don’t have the jurisdiction to sentence non-Muslims,” Syariah Court of Appeal Judge Datuk Mohd Asri Abdullah said at a seminar on reviewing Syariah laws organised by Ikim and the department.

“Their non-Muslim partners can probably be sentenced in the civil courts, to be fair to both parties,” he told reporters after closing the two-day seminar on Wednesday.

He said the proposal, contained in a draft resolution from the seminar’s findings, would be forwarded to the Attorney-General’s Chambers (AG’s Chambers). “It is up to the AG’s Chambers or the relevant authorities to decide how to create such law,” he said, declining to say when the proposal would be made to the Government. The two bodies have also proposed stiffer penalties for Muslims caught in such offences as khalwat, prostitution, alcohol consumption and gambling.

Advertisement

3 comments

  1. Killer says:

    Well PB

    Why do you think IKIM dared to make such a suggestion ? They have a column in the STAR every week and I sometimes used to read it. I thought they sounded very fair.

    But what happened now ? Well, it is obvious that the strong showing of PAS had enboldened the radical elements of IKIM. The conservatives are coming out. Many people have not noticed that the Minister in charge of Islam in PM’s dept has been replaced by someone much younger. The implication for this has not been covered in any of the analysis. I think this is because the PM realized some of the advices by that previous Minister was wrong and enraged the non muslims. that’s why the new minister is a lot more liberal.

    But on the otherside, PAS’ victory has made the fundamentalists to be braver and you will see more such statements, demands and ruling to follow. I have an interesting article on PAS strategy someone sent me. I will post it later.

    I do follow PAS’ discussions sometimes and I can tell you that the fundamental elements of the party is delighted with the win and somehow think this is due to non Muslims endorsed its policy !!

    I suggest you watch Kedah very closely.

  2. Killer says:

    A bit long..sorry…but scary…taken from Harakah Online

    Psycho Tani
    Sun | Feb 10, 08 | 9:16:38 pm MYT
    Saudara Pengarang,
    Assalamualaikum
    Sudah tiba masanya PAS melakukan langkah segar untuk memenangi hati rakyat dalam pilihan raya akan datang. Lupakan strategi lapuk yang memakan diri dan mulakan sesuatu yang baru, sekurang-kurangnya untuk mengurangkan majoriti Umno dan meningkatkan kuasa PAS di Parlimen. Kita mesti ingat bahawa orang-orang Melayu tidak makan isu tetapi mereka makan duit dan mengutamakan keselesaan hidup.

    Tawaran PAS seperti membanteras rasuah, mewujudkan keadilan dalam undang-undang, mewujudkan pilihan raya yang adil, menawarkan urus tadbir kerajaan yang lebih baik dan pelbagai lagi isu belum tentu diterima majoriti orang Melayu.

    Disebabkan itu, saya percaya bahawa sudah tiba masanya PAS menawarkan sesuatu dalam bentuk kesenangan kepada rakyat. Sudah tiba masanya herdikan dan cercaan di Parlimen ditamatkan. Berubahlah segera wahai pemimpin-pemimpin Islam!

    Berikut, saya sertakan beberapa cadangan yang mungkin boleh membawa kepada perubahan yang kita inginkan sejajar dengan manifesto PAS untuk membentuk sebuah negara berkebajikan.

    1. Jangan sekali-kali mengumumkan hasrat untuk melaksanakan Hukum Hudud kepada khalayak awam. Berdiam diri itu lebih baik. Jika menang, PAS boleh melakukan apa saja yang PAS suka termasuklah melaksanakan Hukum Hudud. Ketika ini, siapa peduli lagi?

    2. Sejajar dengan pengorbanan yang dilakukan rakyat yang bekerja membina ekonomi negara, yang mengorbankan masa, tenaga dan kehidupan mereka demi kemakmuran negara, maka dengan ini saya mencadangkan PAS menjanjikan kepada rakyat, jika PAS menang pilihan raya akan datang, setiap rakyat yang mencarum KWSP akan diberikan RM100 sebulan dalam bentuk wang simpanan KWSP. Pembayaran dilakukan sepenuhnya oleh kerajaan atau separuh daripadanya ditanggung oleh majikan.

    Anggaplah ini sebagai hadiah untuk rakyat yang bukan daripada golongan penjawat awam. PAS tidak perlu keluarkan apa pun untuk matlamat ini. Ingat, wang tersebut adalah dalam bentuk KWSP dan wang itu boleh digunakan untuk menjana ekonomi negara. Sebarkan janji ini menerusi Harakah, ceramah, khidmat pesanan ringkas, kain rentang, surat layang, poster dan lain-lain.

    3. Demi membantu membangunkan modal insan dalam kalangan ratusan ribu mahasiswa dan meringankan beban kewangan yang ditanggung mereka yang masih tiada pekerjaan tetap, PAS perlu menjanjikan kepada semua peminjam PTPTN bahawa bunga pinjaman mereka sebanyak tiga peratus akan dihapuskan serta-merta.

    Mereka hanya perlu membayar tiga hingga lima ribu ringgit sebagai wang perkhidmatan dan bakinya jika perlu akan ditanggung kerajaan. Pastinya semua mahasiswa dan bekas mahasiswa akan bekerjasama bersungguh-sungguh dalam mempromosikan kemenangan PAS dalam pilihan raya akan datang. Sokongan golongan ini tentunya boleh membawa PAS pergi lebih jauh.

    4. Demi mengurangkan beban rakyat berulang-alik untuk bekerja, balik kampung atau beriadah, PAS perlu umumkan kepada rakyat bahawa kadar tol lebuh raya akan dikurangkan sebanyak 30 peratus kepada pengguna individu dan kadar tol bagi pengguna komersil dikekalkan untuk lima tahun pertama kepimpinan jika PAS menang pilihan raya. Ini bukan saja memenangi hati rakyat malah akan melumur najis ke muka Samy Vellu yang mahu menaikkan kadar tol dan menguntungkan kroni.

    Akta baru perlu diwujudkan bagi mengambil semua syarikat konsesi lebuh raya dan menjadikannya sebagai milik kerajaan. Semua menteri, wakil rakyat dan pemilik serta eksekutif syarikat lebuh raya ini perlu dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan memiliki harta dan menyalahgunakan harta dan tanah kerajaan secara salah tanpa sebarang bayaran dilakukan kepada pihak kerajaan sepanjang tempoh Umno berkuasa. Semua harta yang dikumpul dari perniagaan ini dari individu-individu di atas, kroni, keluarga atau proksi mesti dirampas dan dipulangkan semula kepada kerajaan.

    5. Bagi memastikan semua golongan rakyat berpendapatan rendah di bawah RM2000 bagi seisi rumah atau golongan setinggan memperolehi rumah, PAS akan menawarkan rumah pangsapuri murah dengan bayaran tanpa faedah kepada mereka jika PAS menang dalam pilihan raya nanti. Setiap keluarga hanya perlu membayar RM150 sebulan selama 20 atau 25 tahun.

    Syarikat-syarikat besar digalakkan menaja pembinaan rumah-rumah murah, pangsapuri ini dan mereka boleh memaparkan logo dan iklan di bahagian luar bangunan tersebut sebagai balasan penajaan mereka. Ini perlu dianggap sebagai langkah menyumbang semula kepada rakyat atas kekayaan yang mereka telah perolehi. Kita juga boleh rampas semua harta pemimpin dan kroni yang mendapat kekayaan secara haram.

    Akta undang-undang yang sesuai perlu dirangka sekarang bagi merampas semua harta milik pemimpin dan kroni. Harta ini amat banyak untuk membina ratusan ribu rumah murah. Pastikan tiada sesen pun terlepas ke luar negara dan pastikan tiada sesen pun jatuh ke tangan anak cucu mereka yang kemudiannya akan digunakan untuk menjatuhkan PAS di kemudian hari.

    6. Kadar sara hidup makin lama makin meningkat dan ini menambahkan beban bagi golongan berpendapatan rendah. Untuk membantu golongan ini, PAS perlu menjanjikan kadar minimum gaji akan ditetapkan sekitar RM800-RM1000 sebulan dalam semua sektor pekerjaan terutamanya perkilangan, perladangan, pertanian dan pelancongan.

    Jumlah ini diangap kecil jika dibandingkan keuntungan yang diperolehi hasil titik peluh golongan pekerja terbabit. Majikan yang ingkar akan dikenakan hukuman yang amat berat walaupun untuk kesalahan kali pertama. Kerajaan Islam mestilah lebih adil dan tegas dalam melaksanakan hukum dan peraturan pentadbiran.

    7. Bagi memastikan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat dikurangkan, kerajaan PAS akan mewajibkan kadar pengambilan pekerja tempatan untuk semua sektor pekerjaan dengan sekurang-kurangnya 80 peratus.

    Sudah tiba masanya taukeh-taukeh Cina patuh pada keputusan ini untuk mengutamakan pekerja tempatan dan bukan mengaut keuntungan besar-besaran. Jika mereka tidak mahu patuh, maka mereka tidak layak menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan, pembinaan, mahupun pertanian.

    Adalah diingatkan bahawa kekayaan golongan taukeh Cina bukan kerana mereka rajin bekerja tapi kerana kepandaian mereka ‘memperhambakan’ warga asing dan mengambil kesempatan daripada dasar pentadbiran yang lemah. Dalam sektor pembinaan misalnya, menjanjikan keuntungan yang begitu besar namun begitu mereka tetap enggan menawarkan gaji yang setimpal kepada pekerja tempatan.

    Di sini juga saya menyeru PAS untuk berjanji kepada rakyat bahawa semua konglomerat asing yang mempunyai kilang dan berniaga di Malaysia perlu mempunyai pekerja tempatan sekurang-kurangnya 90 peratus. Adalah tidak logik bagi mereka ini yang mendapat banyak faedah darinya mengupah jumlah tenaga buruh luar pada jumlah yang banyak dan mengenepikan pekerja tempatan. Sedangkan, ramai orang tempatan yang memohon menjadi pekerja mereka.

    8. Sudah tiba masanya PAS keluar dari kepompong parti yang dianggap parti tepi jalan, miskin dan mengharapkan derma orang-ramai. Kalau mereka menjadi parti yang tidak kaya sekalipun, tetapi parti ini boleh dianggap stabil daripada aspek kewangan dan bersedia menghulur bantuan kewangan kepada rakyat tanpa mengharap derma simpati orang awam. Sampai bila PAS akan mengutip derma bagi tujuan membiayai calon-calon bertanding?

    Tidakkah kita sedar bahawa kejayaan hari ini diukur daripada kekayaan yang dimiliki? Tidakkah kita sedar bahawa kekalahan kita selama ini adalah semata-mata kegagalan dan kelemahan diri sendiri dan bukanlah disebabkan kekuatan dan putarbelit BN?

    Dengan ini, saya mencadangkan, kalah atau menang pilihan raya akan datang PAS akan memulakan usaha perniagaan dengan lebih bersungguh-sunguh terutamanya dalam kalangan ahli-ahli bagi memastikan dana kewangan PAS semakin kukuh.

    Perniagaan runcit jika dijalankan oleh ahli-ahli PAS di setiap kampung bukan saja mampu meningkatkan pendapatan ahli bahkan meningkatkan imej dalam kalangan masyarakat bahawa PAS mampu melakukan sesuatu bagi ahli-ahlinya untuk maju ke depan. Perniagaan ini mestilah dilakukan secara kerjasama dan berjamaah dalam kalangan peniaga-peniaga supaya barang yang dijual itu dapat dibeli secara pukal dan murah daripada pengeluar.

    Perniagaan ini kecil, tetapi jika dilakukan oleh ribuan peniaga di seluruh negara pasti akan memberi impak yang besar. Apa yang lebih penting, orang-orang Melayu dan Islam berpeluang berbelanja di kedai-kedai milik orang yang seagama dengan mereka. Islam menggalakkan umatnya berjemaah dalam melakukan ibadah dan sesungguhnya berniaga adalah suatu ibadah.

    Banyak perniagaan kecil yang boleh diusahakan secara kolektif seperti membuka kedai telefon bimbit, bengkel membaiki kereta dan motosikal, membuka kedai komputer dan internet, membuka kedai perkakasan elektronik, menjadi peraih getah, peraih kelapa sawit, peraih ikan dan hasil-hasil pertanian yang lain di mana semua ini boleh menjana sumber ekonomi yang lumayan jika dilakukan dengan betul, modal yang mencukupi dan yang paling utama dilakukan secara kolektif.

    Percayalah, ramai orang Melayu yang selama ini ditindas para peniaga Cina. Kita menanti kemunculan usahawan Melayu Islam sebegini untuk membantu mereka.

    9. Selaras dengan usaha di atas, saya mencadangkan PAS memulakan kempen belilah barangan buatan Islam dan berjual belilah dengan orang-orang Islam sama ada menang atau kalah dalam pilihan raya akan datang. Melalui kempen ini, kita digalakkan membeli barangan yang dihasilkan oleh orang-orang Islam, membeli di kedai orang-orang Islam, menjual barangan dan hasil tani kepada peraih Islam.

    Kempen ini mesti dilancarkan besar-besaran di mana Harakah akan menjadi wadah promosi dan penerangan yang utama selain ceramah yang dilakukan secara menyeluruh di serata negara.

    Stiker kenderaan akan diedarkan secara percuma atau boleh dibeli sebagai langkah mempromosi perniagaan Islam. Hadis-hadis yang menggalakkan orang Islam berniaga sesama sendiri dan membeli barangan orang Islam yang lain perlu dihebahkan melalui Harakah, ceramah, poster, sms.

    Sesungguhnya perniagaan adalah cara yang utama bagi orang Islam menguasai ekonomi dan memulihkan tanggapan negatif bangsa lain terhadap orang Islam. Sudah tiba saatnya umat Islam memberi sokongan kepada perniagaan dan barangan yang dijual oleh orang Islam yang lain.

    Kita juga perlu sedar bahawa ini adalah kewajipan untuk memastikan umat Islam membeli barangan yang benar-benar halal dan bebas daripada unsur yang meragukan. Dan, ingatlah pesanan Amirul Mukminin Harun Al-Rashid kepada anaknya,

    “Wahai anakku, carilah harta dan kekayaan di muka bumi ini sekadar cukup dengan keperluanmu dan jangan sesekali kamu meninggalkannya dan hidup miskin meminta-minta dan sesungguhnya apa yang kamu makan, pakai dan minum itu hanya tanah semata-mata.”

    10. Demi memastikan aset yang dimiliki orang Melayu sentiasa terpelihara, saya harap PAS akan menjanjikan bahawa semua tanah milik orang Melayu pada masa ini digazetkan sebagai tanah rizab Melayu dan semua tanah rizab Melayu yang telah dibeli, diambilalih atau samada oleh kerajaan atau bangsa lain secara sah atau salah hendaklah dipulangkan semula kepada status asal atau diganti dengan tanah yang sama nilainya dengan tanah tersebut.

    Sesungguhnya tanah ini adalah hak milik Melayu dan ia adalah sebahagian daripada janji mencapai kemerdekaan. Dan ini adalah sebahagian daripada hak Melayu yang perlu diperjuangkan. Kaum lain yang telah membeli tanah dengan mempergunakan orang Melayu sebagai proksi mereka hendaklah memulangkan tanah tersebut kepada kerajaan atau mereka akan dikenakan hukuman yang berat.

    Tanah rizab Melayu di Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor itu hendaklah dikembalikan kepada orang Melayu agar Ketuanan Melayu di negeri-negeri terbabit dapat dipelihara. Jangan sesekali kita belakangkan kepentingan Melayu Islam.

    11. Zaman semakin berubah dan pendekatan menghadapi pilihan raya juga mestilah seiring dengan perubahan zaman. Sudah tiba masanya PAS mengguna cara lebih kreatif dalam mempromosikan parti sewaktu kempen pilihan raya. Untuk pilihan raya akan datang, sudah tiba masanya PAS menggunakan kaedah SMS secara besar-besaran. Galakkan ahli PAS dan keluarga mereka menyebarkan janji-janji PAS ini kepada rakan, pekerja, saudara mara dan lain-lainnya.

    Jika apa yang dijanjikan PAS diterima sebagai tawaran yang menarik, sudah pasti mereka yang lain akan turut menyebarkan SMS untuk menggalakkan orang-orang yang mereka kenali untuk mengundi PAS.

    Tidak mungkin PAS boleh menyaingi perang bendera dan PAS seharusnya sudah maklum bahawa jumlah bendera yang banyak tidak menjamin PAS boleh meraih lebih undi daripada rakyat.

    Dengan cara ini, lebih banyak duit dapat dijimatkan dan arah tuju PAS akan dapat mudah difahami. Sudah tiba masanya ahli PAS yang lama dan berpengaruh samada kaum lelaki dan wanita di peringkat Dun digerakkan untuk merayu undi terutamanya di kawasan kampung atau kediaman mereka.

    Perayu undi veteran lebih suka duduk rumah

    Kata-kata golongan ini sudah tentu lebih diberi perhatian oleh pengundi jika dibandingkan perayu undi yang lain. Masalahnya, golongan ini lebih suka duduk di rumah walhal merekalah yang sepatutnya bekerja keras jika mereka ini benar-benar mahukan suatu perubahan.

    Ahli-ahli PAS seharusnya tahu, tanpa usaha bersungguh-sungguh, taktik yang hebat dan di luar kebiasaan, tidak mungkin kemenangan akan dapat dirampas daripada Umno. Dan ingatlah, Allah tidak akan memberi kemenangan kepada golongan yang hanya duduk berdoa dan berharap tanpa melakukan usaha yang keras dan betul dalam melakukan sesuatu perkara.

    12. Keadaan disiplin pelajar yang semakin hari semakin membimbangkan perlu diberi perhatian oleh pucuk kepimpinan PAS sebelum lebih membarah. Demi memastikan displin pelajar dikawal dan dimantapkan, PAS mestilah memastikan guru-guru akan dipulangkan semula kuasa bagi mendisiplinkan dan memberikan hukuman ke atas pelajar. Hukuman merotan dikembalikan semula dan campur tangan ibu bapa perlu dikurangkan seminimum mungkin.

    Guru-guru perlu dilindungi sebaik mungkin khasnya dalam aspek perundangan. Ini kerana tanpa persekitaran pekerjaan yang selamat dan selesa, tidak mungkin mereka dapat memberikan segalanya dalam usaha membina modal insan yang bersahsiah, cemerlang dan berkualiti.

    Pelajar perlu dilatih menerima hakikat bahawa setiap kesalahan mereka akan dikenakan hukuman. Dan hal itulah yang berlaku di dunia sebenar setelah mereka keluar daripada alam persekolahan. Lupakanlah sahaja desakan golongan minoriti yang kononnya berjuang untuk mempertahankan hak asasi manusia dengan menganggap hukuman merotan adalah suatu bentuk kezaliman.

    Golongan ini tidak tahu apa-apa tentang hak-hak manusia dan hanya bergantung semata-mata kepada pemikiran bebas acuan orang-orang kafir. Mereka ini sudah tentulah akan menentang Hukum Hudud.

    13. Ke arah membina masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan muhibbah serta saling memahami antara satu sama lain, PAS akan mewajibkan pembelajaran bahasa Mandarin dan Tamil kepada semua pelajar di sekolah-sekolah kerajaan.

    PAS mesti menjadi peneraju dalam usaha ini yang bertujuan mengukuhkan perpaduan kaum. Ini menghapuskan syak wasangka dalam kalangan rakyat. Hanya melalui bahasalah dapat kita memahami dan mempelajari sesuatu kaum itu.

    Adalah lebih mudah bagi PAS untuk menyebarkan dakwah Islam kepada golongan bukan Islam di negara ini dengan menguasai bahasa mereka. Percayalah, bahawa cara ini akan memberikan PAS manfaat yang tidak ternilai. Sudah tiba masanya untuk kita melakukan perubahan.

    14. PAS perlu mengambil langkah berani untuk bertanding di setiap kerusi Parlimen dan negeri yang mempunyai sekurang-kurangnya 40 peratus pengundi Melayu Islam terutamanya di Pulau Pinang. Bagilah sekurang-kurangnya pilihan untuk Melayu Islam di sana memilih pemimpin Islam mereka. Bukankah hal ini suatu kewajipan?

    Kita kena ingat bahawa setiap undi yang diterima merupakan satu doa dan harapan. Mana tahu suatu masa nanti doa harapan itu akan membiak dan berkembang? Jika kalah sekalipun, kita mesti ingat bahawa setiap undi menandakan adanya sokongan dalam kalangan rakyat, khasnya orang Islam ke atas perjuangan Islam di Pulau Pinang.

    15. Kita perlu lebih banyak menumpukan usaha menaikkan undi dalam kalangan bangsa Melayu berbanding kaum lain. Jangan bazirkan masa, idea, tenaga dan duit dengan sia-sia. Tumpukan dahulu kepada pengundi Melayu.

    Saya harap, cadangan ini dapat diserahkan kepada pimpinan tertinggi PAS, Pusat Penyelidikan PAS dan kepada para pimpinan peringkat negeri agar dapatlah difikirkan kewajarannya. Cadangan-cadangan seterusnya akan menyusul dalam masa terdekat, Insya Allah. — aba.

Trackbacks /
Pingbacks

  1. Non-muslim Caught for Khalwat