Syed Ali Alhabshee picks on Bar Council and Indians in it

June 2nd, 2009 by poobalan | View blog reactions Leave a reply »
 Subscribe in a reader | Subscribe by Email



From UMNO Bahagian Cheras website [my comments in italic]:

TUDUHAN Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago bahawa Malaysia mengamalkan sikap pilih kasih berhubung isu Palestin dan kaum Tamil di Sri Langka sebagai tidak tepat dan bermotifkan politik.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, situasi di Palestin dan Sri Lanka adalah berbeza dan tuduhan yang dilemparkan itu tidak adil kepada kerajaan Malaysia.
Katanya, Malaysia adalah anggota paling aktif dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dan bertanggungjawab membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi.
Palestin adalah isu agama dan umat Islam yang tertindas dan di zalimi Isreal, tetapi di Sri Lanka adalah kepentingan perjuangan politik satu kaum minoriti untuk berkuasa menerusi cara pemberontakan,” tegasnya. [note that time and time, our leaders have said its not a religious issue (Islam versus Jews), but the right of the Palestinians over their own land. This fellow got it wrong. In Sri Lanka, one can always argue that the minority Tamils lived a separate life until British united them under one banner with the Singhalas. Thus isn’t it the same? Fighting for right to live in own land? Correct me if wrong.]
Beliau menegaskan, kerajaan negara ini tidak pernah menyokong atau memberi bantuan kepada mana-mana kumpulan pemberontak yang berjuang untuk membentuk sebuah kerajaan di negara-negara tertentu.
“Saya mengingatkan Ahli Parlimen Klang, jangan cuba bermain api untuk meniupkan sentimen perkauman di negara ini. Jangan sentuh kepentingan kaum dan agama Islam untuk agenda politik,” tegasnya.
Beliau berkata, tuduhan Charles bahawa Malaysia mengamalkan sikap pilih kasih berhubung konflik yang berlaku di Sri Lanka adalah satu pembohongan dan boleh mencetuskan kegelisahan kaum di negara ini. [actually, I think only the politicians  are syok sendiri – claiming that everything under the sun is threat to national security. the rakyat not really bothered with things going on elsewhere. They are more worried about bread and butter]
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjawab tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Klang dalam satu forum awam anjuran Majlis Peguam, mengenai konflik di Sri Lanka di Kuala Lumpur semalam.
Charles yang turut menjadi panel dalam forum itu menuduh Malaysia mengamalkan pilih kasih dengan memberi layanan berbeza ke atas masyarakat Tamil di Sri Lanka dan rakyat Palestin.
Syed Ali menyelar sikap Charles yang mengambil kesempatan mempolitikkan konflik di Sri Lanka dengan Palestin kerana ianya ada hubung kait dengan kepentingan agama.
Di bumi Palestin ianya merupakan tindakan penghapusan etnik oleh kaum Yahudi terhadap umat Islam dan kekejaman rejim Israel telah mendapat perhatian badan dunia termasuk seluruh negara Islam seperti Malaysia,” tegasnya. [ err…same with Sri Lanka case la…other countries also “memberi perhatian” to the war in Sri Lanka. If I may say, only the Muslim countries are quiet on Sri Lanka issue. ]
Beliau menjelaskan, rakyat Palestin berjuang kerana menebus kembali tanahair mereka yang telah dirampas oleh rejim Yahudi yang menyebabkan mereka menjadi pelarian di bumi sendiri.
“Umat Islam dibunuh dan hak mereka telah dirampas oleh Yahudi, maka generasi mereka berhak untuk bangun menentang kekejaman dan kezaliman rejim, malah seluruh masyarakat dunia memberi bantuan kemanusian kepada rakyat Palestin,” ujarnya. [err…isn’t it the same in Sri Lanka?]
Sehubungan itu, Syed Ali membidas sikap Majlis Peguam yang bersusah payah mengadakan satu forum hanya bermatlamat untuk memberi fokus kepada kepentingan masyarakat Tamil di Sri Lanka.
“Saya nak tanya Majlis Peguam, apakah majlis itu didaftarkan di Sri Lanka atau di India, jika sangat berhajat untuk dilihat sebagai pembela kaum, maka saya syorkan Majlis Peguam didaftarkan sebagai pertubuhan politik,” tegasnya.
Katanya, tindak-tanduk Majlis Peguam sudah lama menampakkan sikap prejudis terhadap kerajaan dan sengaja mencetuskan sesuatu isu yang menyentuh kepentingan kaum dan menghiris persaaan umat Islam di negara ini.
Sehubungan itu, Syed Ali meminta kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negri (KDN) supaya memantau apa jua aktiviti Majlis Peguam bagi mengelak wujudnya unsur-unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
Majlis Peguam majoritinya di anggotai oleh kaum India dan mereka sering mencipta isu yang menyentuh kepentingan umat Malayu dan Islam di negara ini. Perbuatan ini sudah lama berlaku dan perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan,” tegasnya. [Wah..now this guy is blaming the Indian lawyers for all the recent problems in the country.]
I don’t think I like this guy.
Advertisement

1 comment

  1. Killi Valavan says:

    nobody gonna like this guy ….. maybe except your good friend Killer .