Agro Entrepreneur Seminar in Penang

February 25th, 2009 by poobalan | View blog reactions Leave a reply »
 Subscribe in a reader | Subscribe by Email



Received via email from Prabakaran:

Seminar Keusahawan Agro & Pertanian Anjuran Pejabat YB. Senator Tuan T. Murugiah ( Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ) DENGAN KERJASAMA Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Veterinar ( di bawah Kementerian Pertanian Dan Inustri Asas Tani ) dan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (Bahagian Pembangunan Belia dan Ekonomi ) bersama Bank Bank.

Pada   :   28 Feb 2009 ( Sabtu )

Tempat : Dewan Orang Ramai Taman Chai Leng, Perai, SPT, Penang

Masa   :  7.00pagi ( sarapan pagi )   8.00 pagi hingga  – 5 ptg
( Sijil diberikan selepas seminar )

Jumlah kehadiran peserta dianggarkan 2000 orang.

Pada 25 Jan 2009 seramai 2500 menyertai seminar ini di Sentul dan diikuti dengan 1500 orang di Johor Bahru.

Setakat ini seramai 1956 orang telah mendaftar untuk pelbagai kursus percuma yang akan diberikan melalui YB Senator T Murugiah dan akan dikendalikan oleh Revelation Agro & Farming Industry ( RAFI ) di bengkel Latihan RAFI bertempat di Simpang Ampat, Batu Kawan, Pulau Pinang.

3 pegawai dari Jabatan Pertanian, Perikanan dan Veterinar akan berucap tentang segala produk dan insentif kerajaan untuk usahawan agro tani.

Juga di maklumkan bahawa pegawai dari Agro Bank, Bank Rakyat dan BSN telah dijemput untuk member maklumat tentang pinjaman.

YB Senator T Murugiah yang dipertanggungjawabkan Hal Ehwal Kaum India dibawah Jabatan Perdana Menteri berhasrat untuk membina 10000 peniaga  India sebelum 31-12-2010 dan matlamat ini hanya dapat dicapai dengan bantuan dan jasa baik seluruh masyarakat.

Antara kursus percuma adalah penternakan lintah / ikan keli / kambing boer, penanaman cili merah, nenas tissue, sayur – sayuran dan taklimat pada hari tersebut akan disampaikan oleh wakil Revelation Agro ( RAFI ).

Seminar ini adalah untuk menggalakan lebih ramai orang india untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Inisiatif YB Senator Murugiah ini disokong padu oleh RAFI dan akan bertanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka yang berminat. Seminar ini nyata telah memberi impak baru
dalam meningkatkan ekonomi belia dan beliwanis India.

Sila datang beramai – ramai. Maklumkan kepada rakan – rakan anda mengenai program ini.

Tel untuk dihubungi :

Mr. K. Praba :      012 – 243 4118

Mr.Selva    :       019-  5578828

Mr. Rajan:          012-  2290009

Mr. Kanesan:        019 – 388 3261

Mr. Vela     :      017 – 542 4118

Mr. Anbu   :        012 – 582 5274

Mr.Nathan:          017-  4776923

” TOGETHER WE CREATE AND BUILD THE ECONOMICAL POWER”
‘MALAYSIAN INDIAN NEW ECONOMICAL WAVE’

Advertisement

Comments are closed.