Muslim group threatens unity

February 20th, 2008 by poobalan | View blog reactions Leave a reply »
 Subscribe in a reader | Subscribe by Email



Phew, if this guys are taken seriously, more migration can be expected. Secondly, opinion of Islam will be further damaged. This is worse than Hindraf. If these kind of extermists win, then I shudder to think the fate of non-muslims in this country. What will MCCBCHST say?

The full list of demand is at  IslamNetwork and is reproduced at the end of this page.

Muslim groups unveil election demands

http://malaysiakini.com/news/78335
Chan Kok Leong | Feb 20, 08 8:34pm

Reject the notion that Malaysia is a secular state and no to an interfaith commission or a Non-Muslim Affairs Department – these are some of the demands from a coalition of Muslim groups. The groups under the banner of Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) and the Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) unveiled a list of demands to political parties contesting in the upcoming general election today.

“This is the first time we are doing this in public,” said Angkatan Belia Islam Malaysia president Yusri Mohamad. “In the past, we would have closed-door discussions with the political parties. But this time round, we feel the need to be more visible in voicing our demands,” he added.

During the press conference today, a six-part wish list covering ways to protect the special position of Islam, Islamic education, governance, civil society and democracy, inter-ethnic and inter-religious relations and Islamic faith and morals were put forward by the groups.Explaining their stand, Yusri said that the list of demands were not targeted at any particular political party but was aimed at reminding the contesting parties about the needs of Muslims in the country.

Among the salient points in the list include:

1. Defending the position of Islam as the religion of the Federation under Article 3 of the Federal Constitution.

2. Asserting the role of Islam in the state and reject the notion that Malaysia is a secular state. This includes the setting-up of a Inter-Faith Commission or a Non-Muslim Affairs Department.

3. Enact laws controlling the propagation of non-Muslim religions among the Muslims in Sabah, Sarawak, Perlis, Penang and Federal Territories as provided by Article 11(4) of the Federal Constitution.

4. Defend and assert the position of the syariah courts as provided for under Article 121(1A) and Ninth Schedule of the Federal Constitution.

5. Widen the scope of the criminal and civil jurisdiction of the syariah courts.

6. Making it an offence (withdrawing the business licence) for companies which prohibit Muslims from practising their faith at the workplace.

The groups also urged the government to extend scholarships, which are currently enjoyed by Malay students, to non-Malay Muslim students.  Among the requests submitted, they are also asking for a special committee comprising representatives of Muslim organisations and local authorities to deliberate on applications to build non-Muslim houses of worship in Muslim-majority residential areas. However, Yusri said that their request should not be treated as a threat to the government or non-Muslim groups. This list, he said, should only serve as a reminder to everyone of the needs of Muslim groups.

The full list (PDF version is here):

Pengisytiharan Dokumen PILIHANRAYA KE-12 ASPIRASI & TUNTUTAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA

[Sila tekan PDF untuk dokumen asal]

KEPADA:
CALON-CALON PILIHANRAYA (PARLIMEN & DUN)
PERTUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK MALAYSIA
KERAJAAN YANG BAKAL DIBENTUK (PUSAT & NEGERI)
PEMIMPIN MASYARAKAT
& RAKYAT MALAYSIA

PILIHANRAYA UMUM KE-12:TUNTUTAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA

BISMILL?HIRRAHM?NIRRAH?M
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

MENYEDARI bahawa nilai-nilai Islam yang luhur merupakan ciri terpenting dalam pembentukan masyarakat Islam yang bermaruah dan peranan pemimpin amat penting dalam membentuk dan mencorakkan masyarakat ini.

MENERIMA hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan melalui proses pilihanraya.

MENGINSAFI bahawa hak untuk memilih kerajaan melalui proses pilihan raya perlulah dilaksanakan dengan penuh rasa sedar dan tanggungjawab.

MEYAKINI bahawa rakyat mempunyai kebebasan untuk memilih sebuah kerajaan yang baik dan berupaya untuk memenuhi aspirasi mereka.

Pertubuhan-pertubuhan Islam arus perdana, tokoh-tokoh masyarakat dan individu-individu yang prihatin mempertegaskan tuntutan-tuntutan berikut:

1.Mendaulatkan Islam Melalui Undang-Undang dan Pelaksanaannya

Islam mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sistem politik dan undang-undang di Malaysia. Perlembagaan Malaysia mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan dan memperakui status institusi-institusi Islam serta memberi kuasa kepada mahkamah-mahkamah syariah untuk melaksanakan undang-undang Islam. Kami menuntut agar kerajaan yang bakal dipilih:

1.1 Mempertegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara majoriti Islam yang mengiktiraf peranan penting agama Islam dalam sistem politik, ekonomi dan undang-undang negara. Segala tuntutan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular mesti ditolak. Ini termasuk tuntutan untuk mewujudkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang bertujuan mempromosi hak kebebasan beragama berlandaskan faham sekular-liberal dan saranan penubuhan Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam. [discrimination against other religions. this will create more fear among the 40% of the population. I think the muslims should not worry nor interfere about how the non-muslims live their lives. also, how about writing something on the illegal conversions and body snatching?]

1.2 Mempertahan dan mendaulatkan kesucian Islam serta menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Sebarang tindakan mempersendakan Islam secara lisan, cetak atau melalui media elektronik dan media siber, perlu ditangani secara tegas dan serius mengikut peruntukan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

1.3 Mempertahan dan memperkasakan kedudukan serta bidang kuasa Mahkamah Syariah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 121 (1A) dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Sebarang pertikaian undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam hanya dibicarakan di Mahkamah Syariah. Kami juga menuntut:

(a) Memperluaskan bidangkuasa jenayah dan mal mahkamah syariah di Malaysia melalui pindaan kepada Akta Bidangkuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri.

(b) Menyamatarafkan Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil dari segi perjawatan, penggajian dan kedudukan

(c) Menyeragamkan undang-undang Islam di seluruh negara

(d) Mewujudkan Akta Profession Guaman Syarie bagi memperkemaskan penyeliaan Peguam-Peguam Syarie seluruh negara.

1.4 Segera menggubal dan mewartakan undang-undang menghalang kegiatan penyebaran agama bukan Islam di kalangan umat Islam di Sabah, Sarawak, Perlis, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Kami menyatakan kekecewaan atas kegagalan negeri-negeri di atas yang sehingga kini masih gagal menggubal dan mewartakan undang-undang tersebut.

1.5 Meningkatkan tahap keberkesanan dan profesionalisme agensi-agensi Islam kerajaan dalam mendaulatkan Islam di Malaysia. Kami menuntut peruntukan yang disalurkan kepada agensi-agensi tersebut digunakan dan diuruskan secara optima dan berkesan.

1.6 Memandangkan pengiktirafan “halal” menjadi satu tanda aras kepada kualiti dan kebersihan makanan untuk umat Islam dan bukan Islam, serta membuka pasaran yang lebih luas, kami menuntut agar Akta Makanan dan Pemprosesan Halal digubal supaya penguatkuasaan perihal makanan halal diketatkan dan mereka yang menyalahgunakan tanda halal dikenakan hukuman berat, termasuk hukuman disenarai-hitamdan pemiliknya dihukum penjara.

1.7 Mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen perniagaan mana-mana majikan yang menyukarkan atau menghalang pekerja-pekerja Islam daripada mengamalkan tuntutan-tuntutan Islam seperti pemakaian tudung, menutup aurat, menunaikan solat dan lain-lain syiar Islam. Kami menyeru agar tindakan diambil bagi memboikot syarikat-syarikat yang mengamalkan dasar diskriminasi ini.

2. Pendidikan dan Da’wah

Seorang Muslim yang baik lebih dapat diharapkan untuk menjadi seorang warganegara yang baik. Proses pembentukan peribadi dan jatidiri Muslim yang baik perlu dilaksanakan melalui sistem pendidikan yang mementingkan pendidikan Islam dan penerapan nilai-nilai Islam. Dengan itu umat Islam di negara ini menuntut agar kerajaan yang bakal dipilih:

2.1 Memperkasa pendidikan Islam dalam sistem pendidikan nasional. Ini termasuk menambah waktu pengajaran Islam di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan. [great! more time for our kids to clean toilets and drains! why not just send to agama school? solve problem la.]

2.2 Mengambil langkah-langkah yang lebih agresif bagi menjadikan Malaysia pusat antarabangsa bagi kecemerlangan pendidikan Islam perkembangan keilmuan Islam. Bagi tujuan ini, kerajaan digesa mewujudkan geran khas penyelidikan ilmu-ilmu Islam serta menubuhkan Institusi-institusi pendidikan tinggi dan penyelidikan Islam bertaraf antarabangsa dalam bidang-bidang khusus seperti pendidikan teknologi, pengurusan dan seumpamanya.

2.3 Meningkatkan mutu dan kualiti institusi pendidikan tinggi dan Universiti agar mampu menjadi pusat kecemerlangan ilmu yang melahirkan graduan yang berkualiti. IPT dan Universiti perlu diberikan autonomi, kebebasan intelektual dan akademik bagi memastikan institusi dan universiti tersebut boleh berfungsi dengan lebih baik dalam masyarakat. Kini banyak munculnya IPTA dan IPTS yang diwujudkan tanpa penekanan khusus dari segi kualiti dan mutu pendidikan institusi tersebut.

2.4 Mengiktiraf peranan institusi pendidikan agama rakyat termasuk dengan engembalikan serta menambah bantuan perkapita kepada Sekolah-Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta memberikan bantuan buku teks secara percuma kepada para pelajar SAR.

2.5 Mengembalikan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah dalam Bahasa Melayu.

2.6 Menghentikan amalan Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak memberi peluang kepada murid-murid cemerlang UPSR dan PMR dari sekolah-sekolah agama swasta untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran dan MARA. Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri juga digesa menghentikan amalan melarang murid-murid sekolah agama swasta yang memenangi mana-mana pertandingan ko-kurikulum di peringkat negeri daripada mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Ini memandangkan kecemerlangan dalam aktiviti ko-kurikulum turut diambil kira dalam kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

2.7 Kemudahan biasiswa yang dinikmati oleh pelajar-pelajar Melayu perlu diberikan kepada pelajar-pelajar Islam yang bukan berketurunan Melayu. Di samping itu, kerajaan digesa menambah jumlah penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di kalangan pelajar-pelajar Islam/Melayu yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Amalan pemberian biasiswa JPA kepada pelajar-pelajar bukan Islam sejak akhir-akhir ini tidak sepatutnya menjejaskan peluang pelajar Islam/Melayu yang cemerlang untuk mendapat tajaan. [is this what their religion propogate? discrimination, favoritism and special privileges? what a shame!]

2.8 Menggesa Kementerian Pelajaran agar tidak tunduk kepada desakan kelompok sekular dan bukan Islam agar supaya amalan-amalan Islam di sekolah-sekolah kebangsaan dihentikan atas alasan untuk mengelakkan berlakunya pemisahan kaum dan agama. Amalan seperti bacaan doa dan sambutan perayaan Hari Kebesaran Islam wajar diteruskan kerana amalan-amalan murni ini adalah sebahagian daripada ciri tradisi ke-Malaysiaan dan tidak sepatutnya menjejaskan keharmonian hubungan kaum dan agama. [Another joke? tradisi ke-Malaysian? since when is it a culture? since less than 100 years ago? if like that the missionary schools also have culture (tradisi), so why abolish them? Why not talk about not bringing beef to school as respect to the Hindu students? i think shouldn’t confuse religion with culture.]

2.9 Selaras dengan tanggungjawab menyuruh yang baik dan mencegah yang mungkar (al-amr bil ma’r?f wa al-nahy ?an al-munkar) kerajaan dituntut untuk memperkasakan usaha-usaha da’wah islamiah, terutamanya menerusi kerjasama lebih erat dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di negara ini termasuk dengan membuka ruang aktiviti dan memberi peruntukan khas untuk membantu aktiviti yang dijalankan.

2.10 Memastikan pimpinan Kementerian Penerangan serta agensi yang berkaitan dengan penyiaran sentiasa peka dengan aspirasi dan sensitiviti umat Islam dalam merangka dasar penyiaran serta sentiasa mengutamakan program yang mampu membina masyarakat berakhlak mulia.

2.11 Memperbanyakkan program-program berunsur pendidikan Islam dan moral di stesen-stesen televisyen kerajaan dan swasta. Program-program Islam hendaklah disiarkan pada waktu puncak (prime time) bukan waktu tengah malam atau awal pagi. Azan hendaklah disiarkan pada setiap waktu solat. [this is too much la! I think the better option is to do the below suggestion at section 2.12 – having an islamic TV. I don’t want my TV programs to be interrupted with the azan nor i want to watch other religion programs on prime TV.  the govt channels belong to all malaysian, so the best is to create an islamic TV channel to fulfill their needs]

2.12 Menghentikan program-program hiburan yang mempromosi budaya hedonisme Barat. Ini termasuklah program-program hiburan realiti yang semakin mendapat tempat di stesyen-stesyen televisyen tempatan. Stesen televisyen khas untuk umat Islam perlu diwujudkan

2.13 Stesyen televisyen swasta perlu mendukung aspirasi Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam pemilihan program mereka. Kami menuntut agar kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung atau menarik balik lesen penyiaran ke atas stesyen televisyen swasta yang melanggar etika ini.

3. Sistem Politik dan Tadbirurus yang Baik

Sistem politik dan tadbirurus yang baik merupakan syarat utama kejayaan dan kelangsungan sesebuah negara. Kebajikan rakyat akan terbela dengan kewujudan sistem politik yang adil, tadbirurus yang baik dan sistem penyampaian yang cekap. Oleh yang demikian, usaha-usaha mewujudkan sistem politik dan tadbirurus yang baik perlu dipergiatkan melalui tindakan-tindakan berikut:

4.1 Meningkatkan usaha membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa di kalangan penjawat-penjawat awam. Pihak swasta yang menawarkan rasuah sebagai suatu budaya perlu dihukum secara tegas dengan mengheret pihak syarikat untuk turut bertanggungjawab.

4.2 Hanya melantik penjawat-penjawat awam dan pemimpin-pemimpin kanan kerajaan dari kalangan mereka yang terbukti bersih daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan salah laku moral.

4.3 Meningkatkan penghayatan nilai-nilai Islam di kalangan kakitangan awam dengan memperbanyakkan program-program penghayatan Islam di jabatan-jabatan kerajaan. [what are the non-muslims supposed to do at that time? take five or organise their own activities? the same things that are happening in schools is happening in govt sector. the non-muslims will be isolated since islamisation becomes a focus in offices]

4.4 Menuntut agar penjawat awam perlu mengishtiharkan harta secara terbuka kepada masyarakat awam dan rakyat bagi menjamin ketelusan serta keyakinan masyarakat.

4.5 Menuntut kerajaan melantik senator daripada kalangan pemimpin-pemimpin pertubuhan Islam untuk memberi ruang sewajarnya, terhadap isu-isu berkaitan kepentingan umat Islam di negara ini.

5. Memperkasa Masyarakat Sivil dan Menjamin Amalan Demokrasi

Negara demokrasi yang stabil wujud apabila kerajaan dibentuk hasil daripada mandat rakyat dengan institusi-institusi masyarakat sivil diberi ruang yang luas untuk berperanan aktif dalam memperkasakan masyarakat dan membangunkan negara. Keabsahan autoriti politik pemerintah bergantung kepada keterbukaan ruang demokrasi, kesediaan pemerintah untuk bersikap responsif terhadap tuntutan rakyat dan kemampuan pemerintah menjamin keselamatan dan keamanan dalam negara. Oleh yang demikian, upaya pemurnian amalan demokrasi dan peranan masyarakat sivil perlu dilaksanakan dengan tindakan-tindakan berikut:

5.1 Mempastikan adanya sistem pilihanraya yang benar-benar bersih, bebas dan adil. Suruhanjaya Pilihanraya mestilah berwibawa, bebas dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

5.2 Hanya memilih calon-calon pilihanraya dari kalangan mereka yang berintegriti, berkemampuan dan berpekerti mulia.

5.3 Memastikan pemerintah melaksanakan kuasa berdasarkan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

5.4 Membuka ruang yang luas kepada institusi-institusi masyarakat sivil untuk berperanan aktif dalam proses pemerkasaan masyarakat dan pembangunan negara.

6. Hubungan Kaum dan Agama

Sebagai sebuah negara majoriti Islam yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama, keharmonian hubungan kaum dan agama merupakan ramuan utama kestabilan politik dan ketenteraman awam. Prinsip-prinsip utama kontrak sosial yang menjamin keharmonian hubungan kaum dan agama perlu dihormati oleh semua pihak. Justeru, kami mempertegaskan untuk menolak segala bentuk ekstremisme agama dan kaum yang sempit. Oleh yang demikian, adalah penting untuk pemimpin politik dan rakyat negara ini:

6.1 Mempertingkatkan komitmen terhadap keharmonian hubungan kaum dan agama.

6.2 Menolak parti-parti politik dan pemimpin politik yang tidak sensitif dengan kedudukan istimewa Islam di Malaysia dan mereka yang mempromosi hak individu dan kebebasan beragama tanpa batas yang bertentangan dengan nilai moral dan agama yang dipegang oleh majoriti masyarakat Islam di negara ini. [bye bye DAP?]

6.3 Menguatkuasa dengan tegas peraturan membina rumah ibadat tanpa mengira agama. Jika pihak berkuasa tegas melaksanakan peraturan membina surau dan masjid, mereka nampaknya lemah apabila berhadapan dengan pembinaan sesetengahnya rumah ibadat agama lain. [this is a joke right?]

6.4 Memastikan pembinaan rumah-rumah ibadat mengambilkira sensitiviti masyarakat setempat di samping mematuhi peruntukan undang-undang. Satu jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil-wakil pertubuhan Islam dan pihak berkuasa tempatan perlu dibentuk untuk memperhalusi permohonan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di kawasan majoriti Islam. [ this is interfering with other religions!]

7. Akidah dan Moral

Memelihara kesucian akidah dan ketinggian moral merupakan tanggungjawab paling utama setiap individu Muslim dan tanggungjawab kolektif masyarakat Islam. Pertubuhan-pertubuhan Islam menuntut kerajaan yang bakal dipilih:

7.1 Menolak faham pluralisme agama yang mendakwa bahawa semua agama adalah sama dari segi kebenarannya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat berbilang agama. [this is also interfering with other religions and an insulting statement! As a multi-religion country, we must respect other’s belief, not condemn them!]

7.2 Menolak usaha-usaha pihak tertentu yang cuba mengelirukan akidah umat Islam dengan pelbagai cara. Ini termasuklah dengan menggunakan perkataan-perkataan khusus seperti “Allah”, “Ka’abah”, “Baitullah” dan “Solat”, yang telah digunapakai secara meluas oleh masyarakat Islam, untuk merujuk kepada konsep-konsep tertentu dalam agama bukan Islam. [it has been well proven that this words are Arabic, not Islamic. I heard only in Malaysia we have this restriction. Maybe they are practising the wrong version of the religion?]

7.3 Menambah bilangan pegawai penguatkuasa agama dan meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam membanteras gejala maksiat dan salah laku moral. Kerajaan hendaklah melaksanakan undang-undang anti-maksiat yang sedia ada dengan tegas, telus dan berkesan.

———————————–00—————————————–

Dokumen ini diperakui oleh pertubuhan-pertubuhan berikut:
[RUJUK SENARAI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN]

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)*ALLIED COORDINATING COMMITTEE OF ISLAMIC NGOs (ACCIN)*AKADEMI AIDIT*AL-HUNAFA*AL-ISLAH, BANDAR BARU SUNGAI BULOH*ALUMNI KOLEJ ISLAM KELANG (ALKIS)* ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)* BADAN NADWAH ISLAMIAH PAHANG*BADAN UGAMA & KEBAJIKAN MARA*DARUS SYIFA’*FORUM BERTINDAK ANTI MURTAD *FUTURE GLOBAL NETWORK (FGN)*FORUM PENYELARASAN UMAT [15 NGO GABUNGAN PULAU PINANG]*GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMENANJUNG (GAMIS)* GAPETA*HALUAN* IKATAN INTELEKTUAL MUDA ISLAM (IIMI)*IKATAN MUSLIM MALAYSIA (ISMA)*IKATAN PENGKAJIAN ISLAM PAHANG (IKATAN)*ILMUAN*INTERNATIONAL MUSLIM IMAN NETWORK (IMAN)* MUSLIM WOMEN UNION (IMWU)*ISLAMIC INFORMATION AND SERVICES FOUNDATION (IIS)* ISLAMIC OUTREACH ABIM (IOA)*ISLAMIC PROPAGATION SOCIETY INTERNATIONAL, PENANG (IPSI)*JAMAAH DAKWAH & ISLAH (JADID)*JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)* JARINGAN SISWAZAH MUSLIM MALAYSIA (JASA)*KELAB AL-QURAN AL-KARIM, BANGI*KELAB HARAPAN, YAYASAN HARAPAN*KELAB REMAJA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)*KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ)*KESATUAN PELAJAR ISLAM PERAK (KPIP)*KHALIFAH INSTITUTE*KEPENTINGAN BANGSA (KKB)*MADRASAH HIDAYATUL MUSTAQIM, SELAYANG BARU*MAJLIS TINDAKAN INDIA MUSLIM MALAYSIA* MARKAZ DAKWAH AL-ISLAMIAH AL-ANSAR, KUALA SELANGOR*MASJID BUKIT INDAH* MASJID JAMEK PAKISTAN*MUSLIM BROTHERS, SHAH ALAM*MUSLIM CARE* MUSLIM PROFESIONAL FORUM BERHAD (MPF)*NGO ISLAM CASMARIA, BATU CAVES*PEGUAM PEMBELA ISLAM (PPI)*PERKIM*PERSATUAN AL-HIDAYAH*PERSATUAN DARUL FITRAH MALAYSIA*PERSATUAN FALAK SYARIE MALAYSIA*PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM BANGSAR)*PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA ISLAM, TNB (PKPI-TNB)* PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR ISLAM SARAWAK (PERKEPIS) PERSATUAN KEBAJIKAN PELAJAR ISLAM W.P (PERTIWI)*PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)*PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNI. MALAYA*PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA (PMIUM)* PERSATUAN PEGUAM MUSLIM MALAYSIA*PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA (PGSM)*PERSATUAN PELAJAR ISLAM KELANTAN (PPIK)*PERSATUAN PEMBIMBING ISLAM PUALAU PINANG (PEMBIMBING)*PERSATUAN PEMBIMBING PELAJAR ISLAM KELANTAN (PPIK)*PERSATUAN PENDIDIK INSAN NEGERI SEMBILAN (PPINS)*PERSATUAN PENDUDUK PENDUDUK KAMPUNG BATU MUDA TAMBAHAN*PERSATUAN PENGUSAHA RESTORAN MUSLIM MALAYSIA (PRESMA)*PERSATUAN SERUAN ISLAM SELANGOR DAN WP (JAMI’YAH)* PERSATUAN ULAMA ISLAM (PUM)*PERTUBUHAN AL-NIDAA’*PERTUBUHAN CINA MUSLIM MALAYSIA (MACMA)*PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (PEKIDA)*PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA (MUAFAKAT)*PERTUBUHAN SINAR DAMSYIK MALAYSIA (PSDM)*RESEARCH & INFORMATION CENTER ON ISLAM (RICOI)*SURAU AL-AMIN, BANDAR TUN HUSSIEN ONN SURAU AL-ANSAR, TAMAN SRI RAMPAI, SETAPAK*SURAU AL-IKHWAN BANDAR BARU SUNGAI BULOH*SURAU MUHAMMAD AL-FATIH KG BATU MUDA TAMBAHAN, KL*TERAS PENGUPAYAAN MELAYU (TERAS)*WADAH PENCERDASAN UMAT (WADAH)*YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)* KAJIAN & STRATEGIK MELATU (YKSM)*YAYASAN MUSLIMIN* YAYASAN PEMBANGUNAN UMMAH (YPU).

[ Senarai ini akan ada perubahan dan penambahan dari semasa ke semasa.]

Advertisement

4 comments

  1. Mauriya says:

    These guys seem to be very myopic in their views. All their views and demands would be well received in good faith in Iran by the Talibans. They fail to realize that they are living in a multi-racial and multi-religious nation.

    Nobody is threatening Islam and nobody is trying to convert Muslims into other religions. Why sport such paranoia in the first place? Nobody in his right mind would try to undermine Islam or any other religion. Religion is something very personal. Nobody should have the right to dictate what religion one should or should not practise. It is wiser to leave religion alone especially in politics. It would only lead to chaos and untold misery.

  2. Killer says:

    I wonder why ppl so quick to be judgemental about pressure groups from other religious but gladly support extremists from their own religion like HINDRAF.

    Dear Mauriya, these idiotic extremists are myopic all right but so you are.

    I am sure these morons have thousands of staunch supporters among the religious fanatics and PAS supporters. Just like HINDRAF. It just goes to show that religious extremism is very democratic indeed and cuts across race and religious lines….

    Please note that these are demands from ABIM who are PAS’ bosum buddies and the birthplace for Anwar Ibrahim’s political career.

    Let me tell you something as a long time observer of PAS. These demands are exactly the same one that PAS stands for.

    So dear HINDRAF supporters who is going to cast a protest vote against BN by voting PAS, good luck !!

  3. Killi Valavan says:

    it’s better to give 10cent to a begger than giving RM1000 to a rich .
    Whatever it takes , do it right and do it now . Say NO TO BN !!

    Let those so called ‘non-extremist cowards’ shield the worthless politicians ….

  4. Killer says:

    This is not donation, it is called as political suicide…go ahead and vote these morons… its your democratic right even if you want to commit harakiri….