IPTA application guidance in Penang

March 8th, 2009 by poobalan | View blog reactions Leave a reply »
 Subscribe in a reader | Subscribe by Email



YAYASAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA PULAU PINANG

Penang Indian Development Foundation

”BANGUN DAN SENTIASA MEMBANGUN”

No. 7175 , Level 2 ,

Jalan Bagan Ajam ,

Taman Bagan Ajam ,

13000 Butterworth. Fax : 04 331 9695

27 FEB. 2009

Tuan / Puan /Para Pelajar,

“PROGRAM BIMBINGAN , KAUNSELING DAN PANDUAN MEMOHON KE – IPTA DAN IPTS

UNTUK PELAJAR – PELAJAR INDIA LEPASAN SPM DAN STPM 2008”.

Adalah dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan / puan , YAYASAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA PP  akan menganjurkan satu program seperti di atas yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 21 MAC 2009 (Sabtu)

Masa : 08.30 a.m. – 02.00 p.m.

Tempat : Dewan Sri Mariamman ,

Jalan Mengkuang , Butterworth.

Penyelaras : T. Srithar 012-408 9392

3. Ini merupakan satu program khidmat masyarakat YAYASAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA PP untuk meningkatkan taraf pendidikan dan taraf hidup rakyat Malaysia. Objektif YAYASAN menganjurkan program ini adalah seperti berikut :

i. Mendedahkan para pelajar dan ibubapa kepada pelbagai peluang untuk melanjutkan pendidikan.

ii. Menasihat dan membimbing para pelajar dan ibubapa agar dapat membuat keputusan yang tepat demi masa depan anak mereka.

iii.Memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa akan sumber-sumber kewangan untuk melanjutkan pelajaran.

iv.Menasihat dan membimbing para pelajar dan ibubapa agar dapat memilih jurusan-jurusan yang tepat dan ada nilai pasaran.

4.         Kaunselar-kaunselar  sekolah  yang  berpengalaman  akan  memberikan  ceramah  dan  taklimat.

5. Kami tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk menyertai program ini.  Para  pelajar  dan ibu bapa   dijemput   hadir  dan  memanfaatkan  sepenuhnya  program  ini.

6. Kerjasama dan sokongan tuan / puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT ”

Yang benar ,

Srithar a/l Thannimalayan

012-408 9392

Advertisement

Comments are closed.