Need fund to purchase cabin for classes

November 20th, 2009 by poobalan | View blog reactions Leave a reply »
 Subscribe in a reader | Subscribe by Email



Tarikh : 12  NOVEMBER  2009

Tuan,

Rayuan Derma Untuk Membina Kabin Bilik Darjah

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara  di atas.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah berusaha untuk membina  tiga buah Bilik Darjah Kabin yang berharga RM24 000.00 (3 x RM8 000.00) kerana kekurangan bilik darjah.

3. . Untuk makluman  pihak tuan, kami sedang berusaha untuk menaikkan taraf sekolah ini sebagai SEKOLAH KLUSTER (CEMERLANG) menjelang tahun 2011. Kami telahpun dan sedang menjalankan beberapa projek khas untuk meningkatkan taraf pendidikan sekolah ini. Kami yakin hasrat kami akan tercapai dengan kerjasama pihak tuan. Kami juga berjanji pihak kami berusaha bersunggu-sungguh untuk mencapai hasrat tersebut. Jika berjaya SJK T Ladang Changkat akan merupakan satu-satunya  sekolah Tamil yang berjaya di Malaysia dan ini akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain.

4. Baru-baru ini pihak sekolah telah mengubah infrastruktur sekolah dengan bantuan kewangan kerajaan negeri dan persekutuan tetapi masih terdapat kekurangan kemudahan  yang perlu untuk sesebuah Sekolah Kluster. Pihak kami  juga jangka bilangan murid juga akan bertambah pada tahun 2010. Kami juga menjemput pihak tuan ke sekolah untuk membuat tinjauan jika perlu.

5. Saya sangat berharap tuan dapat membantu kami demi merealisasikan harapan kami. Kerjasama pihak tuan dalam perkara tersebut di atas didahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih.

Sebarang Sumbangan Ikhlas atau Pertanyaan sila hubungi talian seperti berikut 016-4510212 En. Suthagar a/l Arumugam Guru Kanan Kokurikulum. atau 019-4494914 Sangga a/l Sinnayah Guru Besar.

Sekian, terima kasih.

“ULLUVATHELLAM UYARVULLAL”

Yang ikhlas,

………………………………………

(SANGGA  A/L SINNAYAH)

GURU BESAR,

SJK(T) LADANG CHANGKAT,

NIBONG TEBAL.

Image0001

Image0002

Image0003

Image0004

Related posts:

  1. IPTA application guidance in Penang YAYASAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA PULAU PINANG Penang Indian Development Foundation...
  2. MP Parit Sulong says destroy statues and destroy crosses in missionary schools i can already see the apology coming soon, the standard...
  3. SJKT Ladang Selangor River burnt down From RTM Disaster Unit blog: Unit Bencana RTM (03-22827448) menerima...
  4. Apply for TEKUN loan Application Forms for ‘Tekun’ Loan is now available at: Yayasan...
  5. Agro Entrepreneur Seminar in Penang Received via email from Prabakaran: Seminar Keusahawan Agro & Pertanian...

Advertisement

Leave a Reply