
|
Subscribe in a reader |
Subscribe to poobalan.com by Email
Indian parents traditionally want the children to be doctor, lawyer, or engineer. In other words a job that is associated with respect, education, social upliftment, and better future. Of course, nowadays there are more professions to choose from, such as management, accounting, computing, pure and applied sciences, etc.
Rather than aiming for "one family, one graduate" scheme, Indians parties/associations/NGOs/concerned citizens should consider more detailed targets – a family should have:
– disposable income enough for the whole family (assume 2 parents and 3 children)
– all graduates of minimum Bachelor degree from reputable universities
– involved in at least one profit making business – family based, partnership, francshise etc.
– own a house
– savings amounting to 12 months of income.
– investment in shares/unit trusts and property
– properly insured family members
– no obesity, high blood pressure, high cholesterol levels due to excessive food and sedimentary lifestyle
– promote and develop a skill/art for each family member (music/painting/sports etc)
What else we can add?
Can this be a target by 2057, since our PM also starting to think about that date?
Seorang profesional setiap rumah
source
Oleh Zabry Mohamad
SERDANG 14 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan ingin melihat keluarga Melayu di luar bandar dapat melahirkan seorang doktor atau peguam melalui kempen ‘Satu Rumah Satu Profesional’.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, orang Melayu perlu mencontohi masyarakat India apabila setiap ibu bapa mahu anak-anak mereka menjadikan kerjaya kedoktoran sebagai pilihan pertama diikuti peguam.
Beliau berkata, dengan menjadikan sasaran tersebut sebagai matlamat hidup, secara tidak langsung bidang pendidikan akan diberi tumpuan utama oleh orang Melayu di luar bandar.
”Saya sarankan setiap rumah dapat melahirkan seorang profesional dan berharap ia disambut baik oleh masyarakat kita khususnya yang tinggal di luar bandar,” katanya.
Najib berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Konvensyen Gerakan Daya Wawasan (GDW) di sini, hari ini.
Bagi mencapai matlamat itu, beliau berharap masyarakat luar bandar akan menggalakkan anak-anak mereka menelaah pelajaran sekurang-kurangnya tiga jam sehari.
Katanya, bagi memastikan anak mereka cemerlang dalam bidang pendidikan, ibu bapa tidak seharusnya terlalu bergantung kepada apa yang dipelajari di sekolah.
”Ibu bapa bukan sahaja hantar anak ke sekolah tapi sama-sama memberi dorongan atau motivasi sehingga mereka berjaya.
”Pastikan anak-anak membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran di rumah antara dua hingga tiga jam setiap hari,” katanya.
Dalam ucapannya, Najib berkata, masyarakat luar bandar seharusnya mempunyai kesedaran untuk mengubah nasib masing-masing dan tidak berharap kepada bantuan kerajaan semata-mata.
Menurutnya, semua peringkat masyarakat bermula dari akar umbi perlu mengambil inisiatif untuk membangunkan komuniti mereka dan bukannya secara individu.
”Jangan jadi masyarakat pasif yang tunggu orang lain saja buat kerja. Orang yang berjaya adalah mereka yang ada kesedaran untuk berubah,” katanya.
Najib turut mengingatkan masyarakat luar bandar supaya tidak menilai kejayaan atau kekayaan mereka berdasarkan keluasan tanah yang dimiliki.
”Sekarang ini, zaman amat mencabar, kejayaan hanya akan dinilai dan dicapai melalui minda yang kuat,” tegasnya.