new building for SJKT Tapah to start soon

April 7th, 2011 by poobalan | View blog reactions Leave a reply »
 Subscribe in a reader | Subscribe by Email



Got this from MOE website:

 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih dan merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita akhbar MALAYSIA NANBANbertarikh 17 Februari 2011 – Ibubapa dan pihak sekolah mahu bangunan baru di SJK (T) Tapah.
Untuk makluman, projek SJK (T) Tapah telah pun diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku Agensi Pelaksana dengan kaedah Rundingan Terus secara pakej bersama dengan SJKT Bagan Serai.

Namun demikian, disebabkan kekangan peruntukan semua projek-projek JKR yang sedang dalam proses tawaran terpaksa ditangguhkan sehingga mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

Setelah mendapat kelulusan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKM), KPM telah mengeluarkan surat kelulusan meneruskan projek kepada JKR tetapi JKR memaklumkan bahawa kontraktor yang dilantik mempunyai rekod yang tidak baik (syarikat ditamatkan bagi projek JKR yang lain/projek bermasalah) dan JKR mengambil keputusan untuk melaksanakan projek secara tender terbuka seterusnya membatalkan projek secara runding terus setelah mendapat kelulusan daripada KKM.

Kementerian akan meneruskan projek ini di bawah RMK-10 (1st Rolling Plan) dan surat kelulusan kepada JKR telahpun dikeluarkan pada 28 Februari 2011. Pembinaan SJK (T) Tapah akan dilaksanakan sebaik sahaja semua urusan berkaitan dengan proses tender selesai.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 

 

Advertisement

Comments are closed.