Don’t miss this chance, can get a car or even flight ticket to London if you are lucky!
[click the image for larger view]
Sejumlah RM1 juta hadiah cabutan bertuah ditawarkan kepada pengunjung yang hadir ke Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamarudin Siaraf (gambar) berkata, hadiah tersebut disediakan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini, selain menarik lebih ramai pengunjung.
“Sebanyak satu juta kad cabutan bertuah telah disediakan dan diedarkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Para pengunjung yang belum mendapatkan kad tersebut boleh memperolehnya di pintu-pintu masuk stadium pada hari berkenaan,” katanya pada sidang akhbar Cabutan Bertuah 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Kompleks Sultan Abdul Samad, di sini hari ini.
Menurut Kamarudin, hadiah-hadiah tersebut adalah sumbangan beberapa syarikat korporat di negara ini yang berbesar hati untuk berbuat demikian sempena bulan kemerdekaan.
“Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuklah sebuah kereta Proton Preve dan Chevrolet Cruze, tiket penerbangan, empat buah motosikal, 10 basikal Fixie serta puluhan gajet seperti iPhone, iPad, Macbook, dan BlackBerry.
“Orang ramai hanya perlu mengisi nama dan nombor telefon pada kad cabutan tersebut dan memasukkan keratan ke dalam kotak-kotak yang disediakan di semua pintu masuk stadium berkenaan,” katanya.
Menurutnya, kad cabutan tersebut adalah serampang dua mata kerana ia bukan sekadar untuk cabutan bertuah tetapi turut mengandungi ucapan hari raya daripada Perdana Menteri dan Timbalannya untuk semua pengunjung.