We need to bring in the big guns! We have lots of schools missing. Disappeared from the face of the earth (in Malaysia la). May need to seek help of bomohs too.
Read the hansard below (comments in red are interesting indeed!). Full hansard for 27th October 2010 is available on parliament website here [pdf file]. If schools were not closed down where did they go? How can number of schools reduced? Were they allowed to “die a natural death”? Do we need Fox and Mulder to investigate?
Most funny is the questions/comments by Jamaludin Jarjis.
4. Tuan Nga Kor Ming [Taiping] minta Menteri Pelajaran menyatakan secara terperinci satu demi satu status terkini pembinaan 19 buah sekolah jenis kebangsaan SJK(C) yang diumum serta dijanjikan oleh kerajaan pada 31 Januari 2008 serta kos terlibat dalam menyiapkan sekolah-sekolah tersebut.
Timbalan Menteri Pelajaran II [Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan pembangunan pendidikan dalam memastikan pembangunan modal insan lebih berkesan tanpa mengamalkan diskriminasi ke atas mana-mana sekolah yang terdapat dalam sistem pendidikan kebangsaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses perpindahan dua buah SJK(C) telah siap dan mula beroperasi pada tahun ini iaitu SJK(C) Tai Hong, berpindah dari Kota Tinggi ke Taman Impian Emas, Johor Bahru dan SJK(C) Pai Tze dari Bukit Serampang ke Setia Eco Gardens, Johor Bahru.
Manakala perpindahan lima sekolah lagi telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan dan dalam proses pembinaan sekarang ini iaitu SJK(C) Bandar Bukit Tangga – Bukit Beruntung, Selangor – RM3 juta. SJK(C) Pay Fong 1 –
Crimson, Krubong, Melaka juga RM3 juta. SJK(C) Pun Pong – Alor Setar, Kedah – RM3 juta. SJK(C) Tung Hwa – RM3.8 juta iaitu Seremban dan SJK(C) Kiow Min – Taman Perkasa, Alor Gajah, Melaka sebanyak RM2.3 juta. Dua lagi baru selesai isu tapak iaitu SJK(C) Wu Tek – Bandar Pak Len, Kelang, Selangor. Yang kedua ialah SJK(C) Pai Chee – Bandar Jasa Cemerlang, Johor.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk sekolah baru daripada enam yang dicadangkan, baru satu telah selesai perolehan tapak iaitu SJK(C) Emerald – Rawang. Tapak adalah ihsan daripada pihak pemaju bernilai RM3.5 juta. Manakala selebihnya, pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dalam proses membuat perolehan tanah, penyediaan pelan bangunan atau mengemukakan permohonan kebenaran merancang untuk kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan. Keseluruhan peruntukan yang disediakan untuk semua sekolah tersebut termasuk yang dijanjikan ialah RM95 juta. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih jawapan dari Timbalan Menteri. Pendidikan adalah teras pembangunan negara. Mengikut statistik yang saya ada, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya membina 2,637 buah sekolah kebangsaan sepanjang tempoh dari tahun 1948 hingga tahun 2000. Walau bagaimanapun, saya berasa amat sedih dan kesal, pada tempoh yang sama sejumlah 49 buah sekolah jenis kebangsaan Cina telah ditutup. Ini sama juga berlaku kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil, tutup. Memang jumlah bilangan sekolah telah berkurangan. Tadi wakil kerajaan telah memberikan jawapan…
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya hendak minta, Tuan Yang di-Pertua, 36(6). Ini kenyataan benarkah kita tutup sekolah Cina ni?
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Ini sekarang floor saya.
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Your floor, but you are seditious, how can you tuduh tidak betul.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: What seditious?
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Ini you kata tutup sekolah mana? Mana ada kita tutup sekolah Cina.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Ini saya cadangkan..
Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa Yang Berhormat Rompin, biar Menteri yang jawab nanti.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Jumlah bilangan sekolah yang… ini Duta Amerika, balik Amerika Syarikatlah. Jangan buang masa masuk Dewan.
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Betulkah sekolah Cina ditutup supaya kita menang dalam pilihan raya?
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Belum saya habis pertanyaan, buat apa kacau dalam Dewan ini? Balik Amerikalah, jadi Duta Amerika, mengapa duduk sini?
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Ini hak saya, ini hak saya, saya ada hak saya.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Dia tidak tahu, sebab itu jangan putar belit, jangan putar belit. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Taiping.
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Apa cakap macam ini?
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Ikut peraturan mesyuarat. Saya belum habis.
Tuan Yang di-Pertua: Duduk dulu Yang Berhormat Taiping. Itu sebabnya Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sering kali mengingatkan bahawa apabila berhujah, kalau boleh elakkan menggunakan perkataan-perkataan yang mengundang reaksi negatif dari sebelah, fasal beginilah. Apabila saya bercakap begini ada yang mengatakan bahawa saya berkhutbah. Bagus lagi saya berkhutbah daripada mendengar pertengkaran yang tidak habis-habis. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan, saya sarankan supaya pergi ke Batu Sapi dan Galas. Sila, teruskan.
[Ketawa]
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana. Soalan tambahan saya, tadi wakil kerajaan katakan kerajaan tidak pernah mengamalkan apa-apa dasar diskriminasi ke atas semua aliran sekolah. Maka, adalah tugas saya sebagai wakil rakyat untuk memaklumkan kepada Timbalan Menteri tentang garis panduan dan surat pekeliling kementerian yang wujud pada hari ini.
Soalan pertama saya, garis panduan dan surat pekeliling yang sedia ada menetapkan tapak rizab sekolah hanya boleh digunakan untuk bina sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan lain seperti Tamil dan Cina tidak diberikan layanan yang saksama.
Kedua, garis panduan dan surat pekeliling dari kementerian juga menetapkan jika Lembaga Pengelola Sekolah yang ingin memohon, merayu untuk membina sekolah baru, sebelum mereka mendapat membuat permohonan untuk permit membina sekolah, mereka perlu merayu dan mendapatkan sumbangan wang sekurang-kurangnya 80%, 80% raised baru boleh memohon.
Garis panduan ketiga, surat pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian sendiri. Mana-mana pelajar yang belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina, jika hendak tukar kepada sekolah kebangsaan boleh tetapi sebaliknya jika hendak tukar dari sekolah kebangsaan hendak tukar kepada sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, tidak boleh. [Dewan riuh]
Sebab itu – Yang Berhormat Rompin, sudah lama tidak datang Dewan Rakyat, tidak tahu, maka jangan buat kacau dalam Dewan ini. Ini surat pekeliling, bukan yang dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat. Itu dikeluarkan oleh kementerian, sebab itu saya hendak tanya, soalan saya dengan atas dasar 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Saya hendak memohon jasa baik …
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Okeylah, saya boleh jawab.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Bilakah kementerian akan mengetepikan…..
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Taiping kena cirit birit macam Yang Berhormat Jelutonglah.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Bilakah kerajaan akan mengetepikan dan memansuhkan surat-surat pekeliling yang tidak adil ini supaya semua rakyat dalam negara ini berasa mereka diberikan layanan yang adil dan saksama? Itu soalan saya.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Taiping ini memang kaki gaduh, sebab itulah dengan Yang Berhormat Ipoh Barat pun dia gaduh juga. Kawan sendiri pun dia gaduh. Saya hendak tanya bila hendak cium mulut dengan Yang Berhormat Ipoh Barat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah menutup sekolah-sekolah SJK(C), SJK(T) dan sebagainya. Bahkan, ada SJK(T) yang tinggal satu murid pun kita tidak tutup. Sebab itulah jangan buat tuduhan yang melulu. Kita ada juga sekolah yang sudah ditutup kerana berpindah tempat lain tetapi mohon dibuka semula pun kita buka semula – kita beri. Kalau Yang Berhormat sebut tentang sekolah SJK(C), kita ada tapak untuk SK (sekolah kebangsaan) yang kita beri dengan penuh ihsan untuk membina sekolah SJK(C) seperti yang di Bukit Sentosa tadi. Kita tidak ada diskriminasi. Sebab itulah dalam Bajet 2011 dengan cukup jelas disebut kita menyediakan RM250 juta untuk sekolah bantuan modal dan RM2,000 kita sediakan untuk bayar utilities setiap bulan untuk sekolah-sekolah bantuan modal termasuklah SJK(C). Untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita hendak discriminate, kita terima 800 guru GSTT daripada SJK(C) ke dalam program KDC. Lapan ratus orang satu jumlah yang ramai.
Bagaimana Yang Berhormat kata kita hendak diskriminasi sedangkan banyak lagi sekolah-sekolah kebangsaan juga…
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Surat pekeliling. [Dewan riuh]
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Banyak sekolah kebangsaan…
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Bagaimana dengan garis panduan…
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Yang menghadapi masalah di pedalaman – sekolah banjir, sekolah menumpang, sekolah dua sesi di pedalaman. Ini juga perlu diberi perhatian. Kita tidak ada memberikan sebarang sikap yang diskriminasi kepada SJK(C), bahkan kita membantu. Kita bayar gaji RM2,900. RM1.8 bilion untuk sekolah-sekolah SJK(C) ini – gaji guru ya. Jadi ini Yang Berhormat kena terima. Saya hendak beritahu, lima daripada sekolah yang tidak selesai tanahnya adalah di Selangor. Di Selangor, kalau boleh Kerajaan Negeri berilah tanah. Apa yang berlaku, dia ambil tanah untuk curi pasir. Itu yang berlaku sebenarnya.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Bantahan.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Tanah untuk bina UiTM pun dia ambil.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Yang di-Pertua…
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Ini sangkaan jahat.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Selangor memang ada bagi mewartakan banyak tanah untuk mendirikan…
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat duduk dahulu, duduk dahulu. Ahli Yang Berhormat duduk dahulu.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ia ditukar untuk membina SJK(C).
Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu Ahli Yang Berhormat, duduk dahulu.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Mereka yang mengundang kekecohan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu, duduk dahulu.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu. Inilah masalahnya. Apabila soalan ditanya, bising, soalan dijawab setimpal, bising.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat Seputeh hendak register kehadiran itu.
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bawa Point of Order 36(10)(c). “Adalah salah pada peraturan menggunakan perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati ataupun bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan, 1984.” Tadi Yang Berhormat Taiping mengatakan kerajaan menutup 40 buah sekolah Cina.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Siapa makan cili dia rasa pedas.
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: You shut up!
Dato’ Shamsul Anuar Nasarah [Lenggong]: Kurang ajar ini orang.
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Duduk! Duduk! Ini hak saya. Saya majoriti besar di Parlimen Rompin itu. Jangan kacau. Ini menghasut. Ini kerana apa? Ini kerana dua pilihan raya kecil di sana supaya pengundi Cina tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional dan sanggup menghasut orang Melayu kucar kacir antara kaum, ini politik apa ini? Menyalahgunakan ini. [Mengangkat buku Peraturan Mesyuarat] Saya minta maaf. Saya sudah tidak tahan dengar. Saya diam tetapi cara ini…
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih. Saya arif benar dengan peraturan mesyuarat tadi itu tetapi selama duduk di sini lebih kurang tiga tahun, saya mempunyai kesimpulan bahawa ahli-Ahli Yang Berhormat ini kadang-kadang hatihati kamu cukup keras. Kadang-kadang tidak terjolok, kadang-kadang tidak sakit, kadang-kadang tidak sensitif. Ini kerana kalau sensitif, andai sakit, tidak adalah Ahliahli Yang Berhormat yang mengeluarkan hujah melanggar peraturan mesyuarat. Terima kasih.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang ini berdiri untuk soalan…
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Tambahan.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, sila Yang Berhormat Ledang.
Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Maknanya Tuan Yang di-Pertua membuat ruling menolak apa yang dipohon oleh Yang Berhormat Rompin. Terima kasih. [Ketawa]
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Kami minta ruling Tuan
Yang di-Pertua. Apa hukuman ruling untuk Yang Berhormat Taiping, ruling untuk Yang Berhormat Taiping.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Rompin itu bawa perkara yang benar sebenarnya.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Satu pandangan yang racist. Ruling untuk Yang Berhormat Taiping Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Taiping membuat perasaan bersakit-sakit hati.
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Rompin, terima kasih Yang Berhormat Rompin.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Ruling ini memang kena.
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ini menghasut.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, terima kasih, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Tuan Yang di-Pertua, ini kena tarik balik ini. Ini kenyataan tidak benar dan boleh menghasut yang jelas salah. Akan tetapi parti DAP untuk menang pilihan raya, apa jua mereka akan buat, tiupkan
semangat supaya orang Cina benci Malaysia. Apa ini?
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kenapa Yang Berhormat Rompin begitu bimbang tentang pilihan raya kecil?
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Betul tidak kerajaan menutup SJK(C)?
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Seputeh sudah, sudah.
Dato’ Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis [Rompin]: Betul tidak? Kalau betul tidak apalah, tetapi saya rasa tidak. Ini tohmah, pendustaan yang besar, fitnah
besar.
Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Okey Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Ledang.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Tuan Yang di-Pertua: Sudah saya buat ruling Ahli-ahli Yang Berhormat. Soalan yang diajukan itu kalau merupakan pembohongan, ia telah dijawab oleh Menteri. Jadi soalan seperti tumbukan kalau 50% kuatnya, jawapan pun 50%, bagi saya fairlah. [Ketawa] Sila Yang Berhormat Ledang.
Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebagaimana yang kita sedia maklum Tuan Yang di-Pertua, bahawa semua sekolah kebangsaan dan semua sekolah menengah kebangsaan adalah untuk seluruh rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina atau India. Semua sekolah menengah kebangsaan adalah untuk seluruh rakyat Malaysia. Kita tahu kerajaan prihatin dan kerajaan tidak pernah mengabaikan soal pendidikan. Justeru Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu sejauh mana – lebih daripada ini, kerajaan lebih prihatin terhadap pembangunan pendidikan sekolah-sekolah bantuan kerajaan? Ini kerana kita lihat setiap sekolah-sekolah ini menghadapi masalah seperti kekurangan guru, bangunan yang daif dan kekurangan kewangan dan sebagainya di seluruh negara. Ini adalah semua sekolah. Tidak ada sekolah Jawa, tidak ada sekolah Iban, tidak ada sekolah Banjar, Bugis dan sebagainya. Ini adalah untuk semua rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina atau India. Sejauh mana kerajaan prihatin berbanding dengan keistimewaan yang telah kerajaan berikan kepada semua sekolah-sekolah lain. Sekian, terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sebab itulah di dalam Bajet 2011, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan yang semakin besar untuk Kementerian Pelajaran. Bahkan untuk tujuan pembangunan, telah dinaikkan kepada RM6.4 bilion dengan tujuan bahawa dengan pertambahan yang sebegini besar – selain daripada Belanja Mengurus, maka kita dapat memastikan bahawa mana-mana sekolah yang berada dalam keadaan yang daif, sekolah yang sering dilanda banjir, sekolah menumpang sepertimana yang saya sebut masih banyak terutamanya di Sabah, Sarawak yang banyak sangat sekolah menumpang, ini kita akan dapat atasi dengan jumlah perbelanjaan yang bertambah ini. Ini tidak termasuk yang saya kata Belanja Mengurus dinaikkan kepada RM2.93 bilion.
Oleh kerana itu, saya ingin menyatakan di sini bahawa pendirian kita adalah cukup jelas bahawa sekolah kebangsaan ialah bukan sekolah Melayu. Sekolah kebangsaan ialah sekolah untuk semua rakyat Malaysia termasuk pendudukpenduduk yang berketurunan Iban, Kadazan Dusun, Kayan dan sebagainya. Oleh itu, bila kita membela sekolah-sekolah kebangsaan, maka ia juga adalah untuk sekolah semua kaum. Dalam masa yang sama, kita tidak pernah melupakan sekolah-sekolah bantuan modal. Sebab itu kita kategorikan sekolah-sekolah ini sebagai sekolah bantuan kerajaan iaitu antaranya seperti sekolah mubaligh, sekolah SJK(C), SJK(T), bahkan Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri pun kita bantu. Oleh kerana itulah, saya ingin menyatakan di sini bahawa dasar kerajaan dalam soal pembangunan modal insan ini adalah cukup adil, cukup saksama sebenarnya. Sebab kita tahu bahawa pendidikan ini penting.
Sebab itulah pada saya apa juga yang dibangkitkan oleh pembangkang terutama DAP memang adalah bertujuan politik. Mereka langsung tidak pernah membela sekolah-sekolah kebangsaan di pedalaman yang cukup daif. Mereka tidak pernah pergi pun ke Sabah, Sarawak, pedalaman ini. Yang hanya mereka lihat hanya sekolah di bandar.
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Tunggu Pakatan Rakyat jadi kerajaan, kita akan pergi.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Jangan cabar.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi: Penghasut besar.
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Nanti kalah.
Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing [Tuaran]: Tuan Yang di- Pertua, pertamanya saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua kerana watak dan peranan sebagai Tuan Yang di-
Pertua yang world class.