this is the response from selangor govt which came a week after the demolition. let’s see what is hindraf’s reply. thanks to “killer” for highlighting this.
ISU PEROBOHAN KUIL HINDU DI RIMBA JAYA
Tuesday, November 06 @ 01:47:50 MYT
Kerajaan Negeri Selangor ingin menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak yang berkepentingan politik, terutamanya PKR, yang telah menyebarkan maklumat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) serta menghasut penganut-penganut Hindu di Malaysia untuk bertindak tidak mengikut peraturan.
Adalah perlu dinyatakan bahawa tanah setinggan Rimba Jaya, Shah Alam bukanlah milik kerajaan negeri seperti yang didakwa. Sebaliknya ia dimiliki sebuah syarikat swasta yang kemudiannya gulung tikar dan diletakkan di bawah Danaharta.
Danaharta kemudiannya membenarkan sebuah syarikat baru mengambil alih tanah tersebut. Berikutan pengambil alihan ini, syarikat tersebut perlu memajukan kawasan yang diambil alih bagi mendapatkan kembali pulangan modal yang telah dikeluarkan ketika mengambil alih tanah ini.
Oleh kerana di atas tanah tersebut terdapat 1121 setinggan yang tinggal, maka Kerajaan Negeri Selangor telah mengenakan syarat supaya syarikat tersebut menyediakan rumah-rumah kos rendah dengan subsidi RM 7, 000.00 sekeluarga/seunit kepada semua keluarga setinggan.
Pada peringkat awal syarikat tidak mahu membina rumah kos rendah dan rumah ibadat kepada umat Islam dan Hindu.
Namun Kerajaan Negeri bertegas bahawa kawasan itu tidak bolah dimajukan selagi syarikat pemaju tidak mengemukakan pelan yang meliputi pembinaan rumah kos rendah serta menyediakan kawasan tapak untuk surau dan kuil secara percuma dan sah.
Setelah syarikat bersetuju dengan syarat yang dikenakan, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan notis pertama pada 2005.
Walau bagaimanapun penduduk tidak bersetuju dengan tawaran pemilik tanah yang dibuat melalui Kerajaan Negeri. Dalam hal ini Kerajaan Negeri telah menjadi orang tengah untuk berunding untuk mendapatkan penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak.
Setelah diadakan rundingan, lapan puluh peratus (80%) penduduk bersetuju dengan tawaran tersebut. Mereka berpindak ke rumah Council yang telah disediakan di Shah Alam juga.
Apabila notis kedua dikeluarkan, terdapat 11 pemilik rumah tidak bersetuju dan memfailkan kes ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Perbicaraan telah dijalankan di antara peguam pemilik tanah dengan peguam setinggan.
Keputusan mahkamah mengatakan bahawa setinggan perlu kosongkan kawasan tersebut dan pemilik tanah berhak bersihkan kawasan tanah tersebut. Setinggan memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi dan keputusan memihak kepada pemilik tanah. Pihak setinggan sekali lagi memfailkan kes ke Mahkamah Tinggi Rayuan. Keputusan tetap menyebelahi kepada pemilik tanah kerana itu adalah tanah persendirian.
Pemilik tanah telah memohon bantuan kerajaan negeri untuk membersihkan kawasan tersebut dan kerajaan Negeri bertanggungjawab mengikut Akta Kanun Tanah Negara membantu proses pembersihan tersebut. Kerajaan negeri sekali menyatakan bahawa pembersihan ini hanya dilakukan jika tapak kuil disediakan dan rumah kos rendah mesti dibina.
Setelah pemaju menyediakan tapak kuil tersebut barulah notis ketiga dikeluarkan pada 3 Oktober 2007.
Penyediaan tapak kuil ini adalah persetujuan yang telah pun dinyatakan oleh pemilik kuil dan juga telah dipersetujui lebih awal oleh oleh Mendiang Dato’ K Sivalinggam dalam mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri tahun lalu. Kedua-duanya memberi persetujuan dengan syarat tapak kuil baru disediakan sebelum dirobohkan tapak sedia ada.
Hakikatnya kerajaan Negeri telah memberi peluang selama 3 tahun untuk proses pemindahan dijalankan secara teratur dan baik.
Kerajaan Negeri terpaksa mengambil tindakan perobohan mengikut Undang-undang Kanun Tanah Negara untuk membenarkan pembangunan dibuat. PBT tidak mahu dituduh tidak mengikut arahan mahkamah.
Pemaju juga telah sanggup membayar ganti rugi, yang mungkin ada, untuk pemindahan kuil.
Malangnya, pihak pembangkang telah mempengaruhi penganut Hindu dari luar supaya datang untuk berkumpul di kuil sehingga sami kuil itu sendiri tidak boleh masuk ke kuil pada hari ini.
Kerajaan Negeri sebenarnya telah memberi banyak masa dan peluang.
Untuk makluman Penganut hindu di Selangor, Kerajaan Negeri telah menghalalkan beberapa kuil haram seperti yang telah dicadangkan oleh Pertubuhan Hindu Sanggam. Malah premium tanah yang dikenakan juga adalah minimum.
Tuduhan mengatakan Kerajaan Negeri tidak membantu agama lain adalah tidak benar. Kerajaan Negeri telah menyediakan kawasan yang besar di Batu Caves tanpa gangguan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Malah Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 3 juta untuk rumah ibadat bukan Islam.
Komitmen kerajaan Negeri untuk membantu menyediakan kemudahan kepada rumah Ibadat tidak perlu dipertikaikan. Adalah menjadi menjadi kewajipan Kerajaan Negeri Selangor menyediakan kemudahan beribadat kepada semua kaum berdasarkan kebebasan beragama.
Kepada penganut agama Hindu, Kerajaan Negeri Selangor merasakan bahawa tindakan yang dibuat adalah mengikut undang-undang dan peraturan.
Harapan kami bahawa penganut Hindu boleh membina rumah Ibadah setelah mendapat kelulusan dari pertubuhan Hindu Sanggam. Kerajaan Negeri tiada halangan memberi kelulusan.
Janganlah kita terpengaruh dengan orang yang mempunyai kepentingan politik kerana agama tidak sepatutnya dipergunakan untuk mendapat keuntungan politik murahan.
Semoga tuhan mengetahui apa dilakukan dan memberi kekuatan kepada kita menegakkan kebenaran.
Kerajaan Negeri juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu.
Sekian, terima kasih
Dikeluarkan oleh,
Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor
03-55447456
Uthayakumar also said that the police attacked a crowd near Maxis Tower in KLCC, firing at least 15 tear-gas canisters. About 20 were said to be arrested with some suffering from injuries.
Another 3,000 are north of Jalan Tun Razak near the National Heart Institute. Many of these protesters are moving to KLCC to join the third group.
Large groups of people have gathered at various spots around the city centre even at dawn – all hoping to break the police cordon to march towards the British High Commission at 10am.